Archive for September 2020

Ikan Masin Talang tumis Asam Jawa


Pembuka selera, sedap makan dengan nasi panas-panas...

Goreng dulu isi ikan talang, ketepikan...

Hiris bawang merah kecil 5 ulas atau bawang besar 1 biji, bawang putih 3 ulas, halia 1/2 inci, cili kering 3 biji, cili hijau 1 biji

Air asam jawa secukupnya...

Tumis bahan hirisan dan setengah sudu teh biji sawi hingga keperangan...masukkan air asam jawa secukupnya...biar mendidih...

Masukkan ikan masin goreng tadi, masukkan perisa jika suka, masukkan sedikit gula merah, kacau rata, biar renih seminit...

Angkat dan hidangkan...

Itu jer...


Entri Ikan Masin Talang tumis Asam Jawa Ulangsiar dari https://ift.tt/3kZum3o
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Tuesday, 29 September 2020
Posted by Unknown

Ikan Bilis celup Tepung


Ikan bilis putih...sedap digoreng dalam tepung cucuq


Bersihkan ikan, jika nak buang kepala silakan, saya goreng semua, tak buang kepala pun..:)
Jika digoreng rangup, sedap...kepala pun boleh ditelan sekali :)


Resepi utk bancuhan tepung, saya buat seperti bancuhan cucur udang...

Daun kucai, cili merah dan bawang besar...semua cincang/potong kecil...tepung gandum dan sedikit tepung muruku atau tepung beras...garam, soda dan perisa jika suka...tuang air suam kuku dan gaul rata hingga pekat dan sebati seperti foto dia atas...


Panaskan minyak banyak untuk deep fry...sendukkan bancuhan ikan/batter dalam kuantiti 2,3 ekor sesudu dan goreng dalam suhu sederhana panas...makan ketika masih panas...cicah dengan sos cili thai dan mayonnaise...

Sedapppp!!!

(repost from 2012)

Entri Ikan Bilis celup Tepung Ulangsiar dari https://ift.tt/3kVJkaJ
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Grill Chicken dan Salad


Ayam panggang atau gril chicken sangat mudah disediakan...hanya lumur dgn sebarang rempah atau herba yang anda suka...perap dalam 30 minit dan grill...

Antara bahan perapan yang paling mudah adalah 
garam dan lada hitam...
Lemon, madu dan herbs
Sos tiram dan kicap manis
rempah kari, rempah kurma dan santan
dan ready made herbs yang banyak dijual di supermarket...


Kawankan dengan salad yang simple macam ni...


Agam gril selama 30 minit dan 20 minit each side...atau terpulang pada size dan kepanasan oven anda...

(repost from 2012)

Entri Grill Chicken dan Salad Ulangsiar dari https://ift.tt/3icReuP
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Waffle Mini Pizza


Jika anda malas nak menguli roti untuk pizza, ikut jer cara tokma ni...guna waffle sebagai pizza base...

Waffle boleh buat sendiri atau beli yang ready-made...mudah...rasanya tak banyak beza dengan ori pizza bread...:)

Jom kita buat pizza nak cepat ni...hehe


Untuk cara dan bahannya anda boleh dapatkan idea dari foto-foto ini...


Waffle ni saya beli dari kedai runcit biasa...toppingnya saya guna apa yang ada...
pineapple dan sardin selain bawang besar (hiris nipis, tomato puri dan grated cheese...)


Sapu sedikit dengan butter atau olive oil pada roti waffle, kemudian sapu pizza sos atau tomato sos...letak topping yg anda suka, saya letak sardin...


letakkan bawang besar hiris nipis, nanas tin....(anda boleh ubah bahan ikut selera sendiri...:)


 top dengan mozarella cheese dan herbs dan bakar dalam oven selama 5 ke 7 minit pada suhu 200C


sedap juga waffle di jadikan pizza base....senang, mudah, ringkas dan yang pentingnya perut kenyang...

Waffle dengan savoury topping...yummm!!!

(repost from 2012)

Entri Waffle Mini Pizza Ulangsiar dari https://ift.tt/3jdUlUm
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Fruits Yogurt Cake


Assalam,
foto atas tu adalah kek atau nak kata roti pun boleh yang saya buat semalam...simple yogurt cake...resepinya tak ingat dari website mana...

Semalam tokma gi Jaya Grocer dan beli satu tub yogurt Nestle 'fruit of the forest' yang warnanya purple...

Jika anda nak guna plain yogurt untuk resepi ni pun ok...warna kek akan putih atau kekuningan...oleh kerana yougurt yang saya guna warna gelap, maka warna kek pun jadi sedikit gelap...wbp, tetap sedap...


Bahan-bahan

1 cawan gula kastor

1/2 cawan butter

pukul kedua bahan ni hingga kembang


1 sudu teh vanilla (optional)

2 biji telur

masukkan dua bahan atas ni dan gaul rata


ayak bersama

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking soda

1/2 sudu teh baking powder


1 3/4 cawan plain yogurt

masukkan tepung dan yogurt beselang-seli ke dalam adunan dan gaul rata

tuangkan ke dalam baking pan yang telah digris dan dialas

bakar selama 30 ke 40 minit atau hingga masak pada suhu 180C

Keluarkan dan sejukkan sebentar sebelum dihidangkan...

(repost from 2011)

Entri Fruits Yogurt Cake Ulangsiar dari https://ift.tt/34bnfy8
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Kulit Karipap stail Opah


Lama dah teringat nak share resepi kulit keripap stail bonda saya ni...ok kenapa saya nak share resepi Opah ni...sbb texture kulit karipap ni memang sesuailah dengan citarasa saya, nak kata keras tak atau lembut sangat hingga berderai pun tidak...ngam-ngam...:)


Sebenarnya tiada rahsia, cuma Opah suka guna margerine untuk kulit karipap.


Cairkan dulu margarine kemudian tuang ke dalam tepung...kuantiti agak-agak...samada gebu atau liatnya kulit karipap ditentukan oleh kuantiti minyak atau marjerin yang anda guna...saya suka kulit karipap yang tak terlalu seroi atau gebu sangat...suka yang liat sikit...:)

Gaul margerine cair dengan tebung hingga rata, pastu baru tambah air biasa sikit-sikit...
sambil terus uli doh...


Balut doh dengan plastik wrap atau cling film dan simpan dalam fridge beberapa jam...keluarkan dan boleh lah terap untuk diisi inti dan digoreng...

Karipap nak buat memang leceh sikit tapi bila makan tak hengat dunia dah...tambah jika intinye tu banyak daging dari ubi...:)

(repost from 2014)

Entri Kulit Karipap stail Opah Ulangsiar dari https://ift.tt/1lYxHxV
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Cream Cheese Biscuit


Assalam,
Pagi tadi saya buat biskut ni...ia seperti scone...cuma dipanggil biskut...resepi asal menggunakan buttermilk...wbp saya takda buttermilk, maka ubah suai guna sour cream mix dengan susu...

bahan-bahannya seperti ini

3 cawan tepung pastry

1 cawan susu              1/2 cawan sour cream

3 sudu besar gula                 2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh baking soda

1 sudu teh garam                 4 oz cream cheese


mix sour cream dengan susu...


chop cream cheese....


mix all ingredients dalam satu bekas....kemudian ramas sikit cream cheese dengan tepung....tuangkan liquid dan mix sehingga mendapat seketul doh...jangan uli lebih-lebih...


taburkan tepung atas papan uli dan letakkan doh...tekan-tekan doh dengan tapak tangan sehingga kepada 1/2 inci ketebalan...


terap bulat besar macam ni....taburkan dengan gula kasar...


bakar pada suhu 200C selama 14 minit...


nyam...nyam....sedap makan panas-panas...


sapu dengan sedikit butter dan jam...atau blueberry filling, honey, orange marmalade, kaya, peanut butter atau apa sahaja manisan yang anda suka...


selamat mencuba....:)
(repost from 2012)

Entri Cream Cheese Biscuit Ulangsiar dari https://ift.tt/3cDn0zM
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Ayam Salai Masak Lemak

Ini adalah resepi bulan Ramadhan lalu...ayam salai saya beli dari kawan, dia hanya buat ayam salai untuk dijual pada bulan Ramadhan...seekor rm20...sedap ayam salai ni...makan macam tu saja tanpa kuah sedap...

Wbp, saya lebih suka buat masak lemak...caranya sama seperti buat masak lemak daging salai...

Bahan-bahan

1 ekor ayam salai

Kentang (optional)

Santan pekat


Bahan tumbuk atau blender

6 ulas bawang merah

10 biji cili api

2 batang serai

1 inci halia

Masukkan bahan blender dalam periok/kuali...tambah air secukupnya dam 1sdt serbuk kunyit...dan jerang sebentar...masukkan santan dan biar mendidih...masukkan kentang jika suka...biar kentang empuk (atau lain bahan, terpulang)

Masukkan ayam dan masak beberapa minit...tak perlu lama sebab ayam tersebut dah masak...takut hancur nanti kalau masak lama sangat...

Jika nak masam sikit boleh masukkan asam keping atau belimbing buloh atau tomato belah...tepulang pada selera masing2...

Jangan lupa garam dan perisa... 



masak lemak sedap dimakan dengan nasi panas...

Entri Ayam Salai Masak Lemak Ulangsiar dari https://ift.tt/33abGbu
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Monday, 28 September 2020
Posted by Unknown

Mango Dessert


Dessert ini menggunakan cream cheese...saya blend satu block 250g philadelphia cream dengan

 1/2 cawan gula halus hingga creamy...setelah itu masukkan 2-3 cawan whipped cream

Gaul rata....masukkan 2 biji isi mangga yang telah potong kecil...gaul rata...


Untuk bahagian lapisan bawah anda boleh guna biskut digestive yang dikisar halus dan dicampurkan dengan butter cair atau guna sebarang jenis biskut yang anda suka....

Since takda biskut, saya guna oat clusters ini sebagai basenya....kemudian sudukan mango cream cheese mixture keatas biskut/oat base...sejukkan sebelum di hidang...


Selamat mencuba...
(repost from 2012)

Entri Mango Dessert Ulangsiar dari https://ift.tt/2GgLlz8
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -