Posted by : Unknown Thursday, 31 July 2014




Menu hari kedua Ramadhan..., semalam kami berbuka Soto Nasi, dan ada sebuku lagi nasi impit yang tinggal, sayang pulak nak dibuang.



Jadilah resepi Nasi Impit Goreng. Tak sangka plak, anak bujang suka kemain...., laju dia makan siap bertambah2...



Bahan-bahan :



1 buku nasi impit dipotong kecil.

Bahan untuk tumbuk : 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih.

2 sudu cili mesin

Bahan perencah : ayam atau udang

Sayur : tauge, kucai, sawi.

Sos tomato dan kicap



Cara membuat :



Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan cili mesin dan dimasak hingga garing.

+ bahan perencah dan kacau.

+ 2 cawan air dan bahan sos dan kicap.

Bila dah mendidih, masukkan sayur dan sesuaikan rasa.

Masukkan nasi impit. Biarkan ada kuah sedikit....










Entri Nasi Impit Goreng Basah... Ulangsiar dari http://ift.tt/1AAA6VK

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -