Posted by : Unknown Thursday 20 February 2020


Assalam, tokma kembali bersiaran....:)


nak sambung cerita perjalanan ke selatan Thailand bulan November tahun lalu....

dah masuk bulan februari 2020...btw Selamat tahun baru ye...harap belum terlewat ucapan tahun baru dari tokma ni...😉

tahun baru ni, especially bulan ni kita menyaksikan satu musibah yg sangat dasyat terutama kepada negara besar di utara bumi ini...penyakit apatah namanya, menular secara meluas ke negara tersebut...semuga Allah lindungi kita semua terutama saudara seagama kita di negara tersebut...😢

tokma ada cadang nak jenjalan ke negara tersebut, namun eloklah tokma pendamkan saja...memang tak pergilah ke negara tersebut dan sekitarnya dalam masa terdekat ini...Nauzubillah, semuga Allah pelihara kita semua...

Berbalik pada cerita trip tokma ni....selepas singgah sebentar di Takbai (entri sebelum ni), kami pun meneruskan perjalanan ke Narathiwat, sampai ke pekan tersebut dah malam...jalan2 sekitar pantai sebentar sebelum check-in hotel untuk satu malam...

Esoknya, selepas breakfast nasi kerabu yang sangat sedap di hotel tersebut, kami pun check out untuk meneruskan perjalanan ke Pattani...sebelum tu kami singgah sebentar di sebuah pasar pagi berhampiran hotel...

Pasar tersebut sangat happening, ramai penjual dan juga pembeli...buah-buahan dan sayuran, selain barangan basah...


Mereka semua, (penjual dan pembeli) sangat ramah dan bertutur dalam loghat Pattani/Kelantan...tiada masalah komunikasi...dah tokma tengok mereka semua ok jer, sihat-sihat belaka...dah nampak depa happy with their life...

Jika kita dengar cerita dari media memang menakutkan keadaan di sana...tapi bila dah jejakkan kaki ke tempat tersebut...saya tengok macam takda apa pun....sempat bertanya dengan makcik pakcik kat situ keadaan mereka....depa kata ok jer, "kami sini sihat2 belaka"

kakak jual lauk pauk
sorong papan tarik papan, buah keranji dalam
perahu, suruh makan saya makan suruh ngaji saya....
buah apa ni...
berbalik kepada cerita pasar....the best part, semua sayuran dan buah-buahan segar bugar...terus dari ladang maybe, nak makan apa semua ada dan harga murah-murah belaka...kalaulah tokma dok kat situ...memang sihat walafiatlah gamaknya...makan sayur fresh setiap hari...:)

cili asam serai etc, all fresh

Mokcik-mokcik sama cam mokcik kita kat sini...depa ramah tamah, seronok tokma sembang...


kuih muih mereka samalah cam kita, yelah kita kan serumpun, mana nak lari...bahan masakan juga sama...selera juga sama...so jika anda ke selatan Thai terutama sebelah timur, mesti singgah ke pasar pagi ni ye...


petai rebus, nangka rebus, betik muda rebus,
 kacang panjang rebus
pulut mangga, serawa, serabai...
perbagai jenis kuih muih...

Makanan laut, MasyaAllah, seronok giler tokma tengok...ikan/udangan/kerangan/ayam/daging segar bugar...elok belaka...yelah depakan keliling laut, laut lepas pulak tu...mana ikan tak fresh...harga tokma tak pasti, yang pasti ia lebih murah dari harga kat pasar kita 😒

Jika tokma dok kat Kelantan, agaknya tiap minggu tokma turun ke Nara ni...beli ikan segar...lol




Selepas berlegar-legar sekitar sejam dua di pasar tersebut, kami pun meneruskan perjalanan ke Pattani. InsyaAllah tokma akan share photos dan video yang mana tokma sempat ambik kat sini ye...

Till next story....

Entri Pasar Pagi Narathiwat Ulangsiar dari https://ift.tt/2HEAlt1
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -