- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- selamat menyambut tahun baru 2014
Posted by : Unknown
Friday, 3 January 2014
Assalamualaikum,
terlalu lama rasanya kkida meninggalkan blog ni....walhal baru sebulan lebih aje tak jengah kemari....:)
ikutkan malas lagi jari jemari kkida ni nak menari atas papan keyboard ni, tapi dek kerana anda anda yang merayu agar kkida terus menulis (melalui beberapa email) maka kkida dengan sayu hati....huhu...akan cuba update blog ini semampu yang boleh...
kkida baru balik dari Guilin semalam....foto atas tu last day kat sana...kkida gi lima beranak je...me hubby hani ajwad dan atmam....mula-mula ingat nak gi semua (dgn pengantin baru sekali)...tapi dek kerana eka exam besar hari ni dan dia takmo ikut, maka tinggallah dia dengan cik abangnye ariff dan aiman (aiman sibuk dengan assignment) kat rumah bertemankan opah dan bibik...
Alhamdulillah, majlis pernikahan anak sulung kkida, eka berjalan seperti yang kami rancangkan....iaitu pada 22hb december lalu dan majlis resepsi pada 25hb december....Insyaallah slowly kkida akan update stori mory berkenaan majlis majlis berkenaan ye...terima kasih kkida ucapkan buat anda yang sudi menunggu kemunculan blog kkida ni....tanpa anda yang sudi membaca tiada maknanye kkida terus pokpek kat sini...:)
...selain cerita kenduri eka dan ariff kkida juga nak update mengenai trip kkida ke Guilin China Insyaallah....tunggu ye...:-)
Entri selamat menyambut tahun baru 2014 Ulangsiar dari http://www.koleksi1001resepi.com/2014/01/selamat-menyambut-tahun-baru-2014.html
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.