- Back to Home »
- Resepi , Resepi Bonda »
- Sambal Pecal
Posted by : Unknown
Tuesday, 14 January 2014
Dah bersawang blog masak2 ni..., berbulan2 tak update...
Buat sambal pecal ni pun dah lama sangat.... tiba2 je dtg mood nak buat sambal pecal sendiri..., dulu2 masa kecik2, memang mak buat sendiri sambal pecal kalau nak makan pecal. Tapi sekarang dah banyak dijual dalam paket. Bancuh aje dgn air panas....
Resepi ni yg biasa mak sy buat, kami bukan org jawa so versinya sedikit berbeza, tak bubuh cekur...
Bahan-bahan :
3 cawan kacang tanah
10 - 15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
belacan besar ibu jari
1 sudu asam jawa
2 - 3 sudu gula
1 sudu garam
2 cawan minyak utk menggoreng
Cekur - resepi mak saya tak letak cekur..., pecal org melayu jrg buh cekur.... kalau suka boleh letak
Cara-cara :
Panas kan minyak, gorengkan kacang hingga separuh masak. Tambahkan bahan2 lain kecuali gula garam dan asam jawa dan goreng hingga agak garing.
Kisar hingga separuh hancur..., tambahkan gula garam dan asam jawa. Kacau rata2.
Bila nak makan, bancuhkan dengan sedikit air panas. Sesuaikan kepekatan yg diingini dan rasanya.
Entri Sambal Pecal Ulangsiar dari http://himpunanresepibonda.blogspot.com/2014/01/sambal-pecal.html
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.