Posted by : Unknown Tuesday, 21 January 2014

24 january 2014 tolak 24 january 1987 = 27 tahun...:) setiap kali tarikh ini menjelma ia akan membawa minda kkida kembali ke tahun tersebut...kenangan mengusik jiwa gitu....tapi tu kkida ajelah....hubby kkida takda nak feeling-feeling cam kkida ni...bila kkida tanya dia buat-buat lupa...:)



kkida diijabkabulkan di rumah opah (mak kepada my mum) oleh ayah kkida sendiri...kampung opah kkida tu terletak di Lubuk Merbau...kini opah yg kami nikah tu pun dah takda...dah jadi highway...opah dan mak saudara yang bersusah payah mengendalikan kenduri kkida tu pun dah lama meninggal dunia...juga ayananda kkida...



tujuan kkida buat entri ni sebenarnya bukanlah nak mengingati tarikh anniversary kkida tu sangat...kkida sebenarnya terkenang akan Allahyarhan ayahanda kkida....anda pasti perasankan kkida jarang sangat sebut tentang ayah kkida kat dalam blog ni...bukan kkida tak ingat pada arwah ayah kkida tu...kkida sentiasa ingat...cuma cara mengingatinya berbeza....Al-Fatihah...:'|






kini telah hampir 20 tahun arwah pergi (september ni)....dia sempat tengok anak kkida nombor 3 aje, iaitu ajwad....masa arwah meninggal, kkida sedang hamilkan aiman 5 bulan...dan aiman akan genap 19 tahun beberapa hari aje lagi...:)



jika nak cerita tentang kesusahan dan kesedihan lalu memang tak akan habis sampai esok pagi...boleh berambu-rambu airmata ni nanti sambil menaip...:) ...kkida telah lama lupakan pedih dan perih kisah lampau, kisah bagaimana kedua ibubapa kkida berhempas pulas mencari rezki bagi membesarkan anak-anak agar menjadi manusia yang berguna....



oleh kerana kkida yang mula bekerja sebaik tamat sekolah menengah...kkida tak kemana...dok rumah aje dengan mak ayah sampai kkida menikah...so memang kkida lebih tahu banyak perkara/cerita berbanding yang lain...itu adalah hakikatnya...



kini yang tinggal hanya kenangan....mak kkida hampir 69 tahun usianye june ni...sekali sekala mak suka sembang dengan kkida kesah lama....dan sekali sekala dia akan mengalirkan airmata...

yelah...hanya dia yg tahu kenapa (kkida juga)...tu sebab my mum banyak habiskan masa dengan kkida kerana memori tersebut akan terus terpahat di hati hingga akhir hayat beliau...



buat ayahanda....ida tahu ayah bahagia di sana kerana ayah amat taat pada perentah agama serta anak-anak yg senantiasa mengingati ayah dalam solat dan doa mereka....:')



baru-baru ni adik kkida nor mimpikan ayah...katanya...ayah angguk, senyum dan peluk dia sebelum berlalu pergi...:')



lagu ni hanyalah sebagai hiburan....senikatanya menggambarkan bagaimana seorang anak mengingati kasih sayang seorang ayah terhadap keluarganya hingga akhir hayat beliau...:'/







Entri ayah... Ulangsiar dari http://ift.tt/1mAAE74

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -