Posted by : Unknown Saturday, 2 November 2013

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Resepi Negeri Sembilan. Resepi Ketam, Perkongsian Resepi Tradisional Masakan Laut. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api ialah perkongsian Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

  • Ketam 5 ekor siap disiang
  • Sebiji kelapa yang diambil santannya:sebahagian santan pekat dan dua bahagian santan cair
  • Kunyit hidup seinci
  • Serai sebatang
  • 1 asam keping
  • 15 ke 25 biji cili api mengikut kepedasan yang diingini
  • Sehelai daun kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Menyediakan Ketam Masak Lemak Cili Api

  1. Tumbuk lumat cili api, dan kunyit.
  2. Masukkan bahan 1 tadi ke dalam periuk bersama- sama asam keping, garam dan serai yang telah dititik
  3. Masukkan santan cair dan masak dengan api yang perlahan. Santan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah
  4. Masukkan ketam bila santan sudah mula menggelegak.
  5. Bila ketam sudah masak (kulit ketam jadi kemerahan), tuangkan santan pekat.
  6. Masukkan daun kunyit yang telah dikoyak- koyakkan ke dalam gulai dan kacau. Matikan api.
  7. Hidangkan

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api 

Lauk Pauk Negeri Sembilan, Masakan Seafood, Resepi Ketam. Perkongsian Resepi Tradisional Masakan Laut. Koleksi Resepi Seafood untuk simpanan pribadi. Untuk Resepi Asli Sila Rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/20374. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api, selamat mencuba.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -