Posted by : Unknown Sunday, 27 April 2014

Lamanya tak update blog....



Sejak2 air di kawasan rumah tak ada dan dicatu, mood nak memasak pun dah jadi hilang...



Hari ini nak kembalikan semangat memasak, kalau asyik beli makanan pun susah sebab nak kena gi kedai dan dah naik jemu pulak rasanya.











Ok hari ni saya masak Daging Masak Lemak Cili Api bersama bunga kantan...



Bahan-bahan :



1/2 kg daging dipotong nipis dan direbus 1 jam

1 1/2 biji kelapa ambil 1/2 cawan santan pekat, 3 cawan santan biasa

1 batang serai dititik

1 keping asam jawa.

1 btg daun kantan

1 biji kentang di potong 4 atau 6



Bahan utk ditumbuk/mesin

15 - 20 bj cili padi

3 ulas bawang merah

1 in kunyit

*1 sudu teh jintan manis

*1 sudu teh jintan putih

*1 sudu teh ketumbar



Cara-cara :

Bahan bertanda * di sangai dan dimesin.

Bahan mesin di reneh sebentar bersama ayam dan kentang, hingga mesra.

Masukkan 3 cawan santan dan sentiasa dikacau supaya kuah tidak naik minyak.

Bila kuah sudah elok masak, masukkan santan pekat, bunga kantan dan asam keping dan dimasak utk 3-4 minit lagi dan sedia utk dihidang.





Entri Masak Lemak Cili Api Daging dan Kantan Ulangsiar dari http://ift.tt/1lifk5T

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -