Posted by : Unknown Thursday, 10 April 2014



cam bagus jer, cam best jer, cam hebat jer...hehe...

jika ke spice market istanbul anda akan terpegun melihat pelbagai jenis rempah ratus yang dijual di bazaar tersebut....rempah ayam, rempah ikan, rempah daging, rempah pasta, rempah sup, rempah itu rempah ini...



pendek kata sebut aje rempah apa yang anda nak pasti ada...tapi jangan salah anggap ye...rempah-rempah mereka bukanlah seperti rempah-rempah yang terdapat di negara kita...bukan rempah untuk buat kari ikan atau ayam atau daging...tetapi rempah mereka lebih kepada rempah perisa atau herbs untuk marinade atau dicampurkan ke dalam daging atau sup...contohnya seperti rempah untuk meatball.



jika tengok pada berbagai jenis rempah dan herba ni memang best sangatkan....jika dok kat sana pasti kreatif habislah hidangan-hidangan yang dapat kita sediakan...semua bahan nampak fresh dan baunye...hmmm...memang enak sangat....perap ayam dan daging semalaman kemudian grill dalam oven...pasti sedap...tambahan pula jika kita olah mengikut citarasa lidah melayu kita lagilah sedap...hehe...


oleh kerana deria rasa lidah mereka lain dari kita, maka semua makanan yang kkida makan kat sana kurang berasa...tiada rasa pedas, mungkin kerana mereka tak makan pedas...tiada bau serai, lengkuas dan kunyit...

bahan tersebut mungkin kurang digunakan dalam penyediaan hidangan negara tersebut...



namun kualiti daging lembu dan kambing mereka jauh lebih baik dari kita...walaupun kurang perisa dalam penyediaan hidangan tetapi tetap enak dimakan...nanti di lain entri kkida akan share beberapa jenis juadah yang kkida makan kat Istanbul...:)




oleh kerana teruja dengan spice market ni, dua kali kkida ulang ke situ, sekali masa mula-mula tiba istanbul dan sekali lagi hari terakhir di Istanbul...namun rasa seperti tak puas lagi...jika boleh nak melangut kat situ beberapa hari...:)



kkida ada beli beberapa jenis rempah kat spice bazaar...beli mana yang kkida tau lebih kurang kegunaannye...fish spice, chicken spice, meat spice, pasta spice...nanti jika kkida masak guna bahan ni kkida akan share dengan anda hasilnya...Insyaallah...:)


oklah....kkida stop dulu kat sini....susah hati ni....air masih belum datang lagi...dah tiga hari masuk hari ni....masalah air semakin teruk kat kawasan kkida ni...selang dua hari air pasti kena potong, nasib baiklah rumah kkida ni tangkinye besar juga...boleh bertahan dua tiga hari....semuga masalah air ni dapat diatasi secepat mungkin...harap pihak SYABAS prihatin dengan masalah kami orang biasa-biasa ni...:-|



Entri bazaar rempah ratus ~ spice bazaar Ulangsiar dari http://ift.tt/1sFekw2

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -