Posted by : Unknown Friday, 21 March 2014



dimanakah mereka?



Assalamualaikum,

sedih rasa di hati, walaupun kita tiada hubungan kekeluargaan dengan mereka, tapi menitis juga airmata ini tatkala mengenangkan nasib penumpang pesawat berkenaan...



anda perasan tak? sejak kebelakangan ini banyak betul kisah duka yang berlaku sana sini terutama tragedi lemas dalam sungai, kolam, parit dan sebagainya...boleh dikatakan setiap hari kita akan dihidangkan dengan berita kematian akibat lemas...terasa nyawa bagaikan kapas, yang mudah melayang apabila ditiup angin...:(



minggu lepas tatkala lalu di tepi tasek puncak alam bersebelahan tesco kkida lihat pihak bomba dan penyelamat berusaha mencari mayat seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang lemas sejak petang sebelumnye...budak tersebut dikatakan terjatuh ke dalam tasik tersebut semasa berbasikal dalam hujan lebat.


tapi tulah, bila dengar camtu dalam hati kkida dok kata "kenapa gi main basikal dalam hujan lebat tepi tasik tersebut"...maknye kemana? kenapa biar anak merayau dalam hujan lebat camtu? yelah, memang ajal maut telah di tentukan, tapi pada kkida anak ini mati akibat ibunye yang lengai...:(



kisah murid sekolah menengah vokasional yang lemas kat Gunung Bubu Perak lagi le tragis...cikgu nak bawa anak murid ekspidisi!!!....cukup ke ilmu mendaki dan meredah hutan guru-guru tersebut...tak pasal-pasal mati anak orang dek kerana guru yang juga lengai...jika berlaku perkara yang demikian, yang mampu depa kata "dah ajal, nak buat macam mana"...:(


muga ada hikmah di sebalik sebarang kebaikan atau musibah yang berlaku...itulah harapan dan doa kkida...sepatutnya malam esok kkida akan terbang ke Istanbul untuk bercuti 11 hari, namun kerana keadaan mertua yang sangat-sangat tenat, my dh ambik keputusan untuk cancel trip dan tunda ke tarikh lain. Nasib baik flight tiket boleh pospon ke tarikh lain dengan bayaran fee yang hanya sedikit...:)


tapi hotel booking tak boleh cancel, begitu juga kos tambang flight ajwad dari London - Istanbul (hanya dapat refund 30% aje)...takpalah...nak buat cam mana...anggaplah ia bukan rezki kita...senangkan hati dan jangan gundah gulana...duit aje pun...boleh cari lagi...:)



sebenarnya teruja sangat nak jumpa anak bujang kkida tu (sedih gak tak kesampaian) selain teringin benar nak lihat keindahan negara turki tersebut...ntahlah, ada ke tidak rezki kkida ni nak jejakkan kaki ke kota Istanbul tesebut...:D



namun sebenarnya...kesedihan dan kesusahan kita ini hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan apa yang di tanggung oleh ibu/bapa, isteri/suami dan anak-anak yang setiap hari menunggu khabar berita dari pihak MAS dan kerajaan mengenai nasib orang yang mereka sayangi...kkida sering cuba letakkan diri ini dalam 'kasut' mereka...:'(



Nauzubillah....tak dapat nak dibayangkan...pasti kita-kita yang memerhati dari jauh ini akan terus berdoa dan berdoa agar kejadian seperti ini tidak berlaku kepada diri kita juga pada orang-orang yang kita sayangi.



YA ALLAH YA TUHANKU, AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI HAMBA MU YANG HINA DAN LEMAH INI YANG SERING LALAI DAN ALPA TERHADAP PENCIPTANYA...




dalam banyak-banyak lukisan yang di tampal kat dinding pasaraya Tesco...kkida admire dengan lukisan ini (memerang, tupai ke tikus ni)...pelukisnye...Lee Wei Jie dari Temerloh.






Entri kita hanya merancang... Ulangsiar dari http://ift.tt/1h1yx6q

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -