Posted by : Unknown Sunday, 13 October 2013
















Bahan-bahan :

untuk 25 - 28 biji





1 kg tepung gandum

100 gm tepung ubi

100 gm tepung beras



1 sudu gula

2 sudu teh garam

5 sudu marjerin + 1/2 cawan minyak dipanaskan

Air sejuk ( kuantiti agak2 hingga adunan membtk doh)

5 - 6 biji telur rebus keras dipotong 4



Cara-cara



1. Campurkan semua bahan kering.

2. Campurkan minyak + marjerin yg dipanaskan.

3. Gaulkan rata dengan senduk kayu.

4. Bila dah boleh dipegang tepung, gaulkan dgn rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.

5. Masukkan air sejuk dan digaulkan dan diuli hingga menjadi doh.

6. Rehatkan 20 minit.

7. Timbangkan doh 70 gm dan bulat2kan doh.

8. Canaikan doh sebesar tapak tangan.

9. Masukkan 2 sudu inti dan 1 potongan telur rebus. Cantumkan dan kelim

10. Goreng dalam minyak sederhana panas...

















Inti



4 - 5 biji kentang dipotong dadu dan direbus 10 minit

3 sudu rempah kari daging + 1 sudu rempah kurma

2 keping daging cincang ( 2 x 200) gm

3 ulas bawang putih dicincang

2 biji bawang besar di potong dadu

Daun bawang/ dan sup dicincang halus





Cara-cara :



1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga harum.

2. Masukkan rempah kari dan digaul rata.

3. Masukkan daging cincang dan dimasak sebentar.

4. Tambah 1/2 cawan air dan biar daging masak lagi.

5. Masukkan kentang di sesuaikan rasa dan masak sebentar lagi.

6. Masukkan daun sup/ bawang.











Entri Resepi Karipap Gergasi Rangup Ulangsiar dari http://himpunanresepibonda.blogspot.com/2013/10/resepi-karipap-gergasi-rangup.html

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -