Archive for July 2016

Pizza Lembut Overnight Dough


Resepi ni biasa je kot, tapi sebab simpan lama dalam peti ais, maka ia jadi sedikit berbeza daripada yang biasa aku try.

Pizza nya lebih lembut...

Bahan-bahan :

4 cawan tepung roti
1 1/2 cawan air suam
1 paket yis
1 sudu teh garam
3 sudu minyak zaitun
1 sudu gula

Cara-cara

Air + gula + yis. Biar hingga berbuih.
Masukkan tepung dan minyak zaitun, dan uli sebentar.

Bulatkan doh dan masukkan dalam bekas dan lumur sedikit minyak zaitun. Tutup dengan cling wrap. dan masuk kan dalam peti ais. Biarkan 24 jam atau beberapa jam. Aku just biarkan dalam 7 jam shj.

Bila kita ready untuk makan, keluarkan dough setengah jam awal.
Panaskan oven, suhu 200 C.
Doh dibahagi 2 dan ditepek menjadi bulat. Letakkan sos pizza, dan bahan lain seperti lada capsicum, bawang besar, nenas, ayam yang di masak dahulu, sosej dll.

Taburkan parmesan Cheese, dan bakar selama 15 minit.

Entri Pizza Lembut Overnight Dough Ulangsiar dari http://ift.tt/2azCmbt
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Saturday, 30 July 2016
Posted by Unknown

Roti Bun




Bahan-bahan :


A : Air yis

2 cawan cecair : susu full cream + 1 biji telur / air biasa / susu cair
3 sudu teh yis
3 sudu gula

B : Bahan kering

5 1/2 cawan tepung roti
1 cawan tepung gandum / tepung superfine

2 sudu water roux ( 1 1/2 sudu tpg gandum + 1/2 cwn air, masak hingga pekat)
3 sudu butter


Campur bahan A, dan biar sehingga kelihatan berbuih. Dalam 10 minit.

Campurkan tepung dalam air yis tadi, dan putar dgn BM atau mixer hingga dapat doh ( dalam 10 - 15 minit)
Masukkan butter dana water roux, teruskan uli lagi 15 minit hingga doh menjadi licin.

Tutup kan bekas dengan plastik wrap. Biarkan hingga naik sekali ganda, dalam 1 jam.

Selepas itu, kita boleh la mendeko roti dengan meletak inti yang digemari...

Selepas mendeko, perapkan roti dalam 1 jam lagi. Tutup permukaan roti dengan palstic wrap atau tuala.

Sebelum bakar, sapukan dengan telur + sedikit susu.

Bakar dalam suhu 190 C selama 15 - 20 minit.

10 minit pertama bakar dengan api atas bawah. lagi 5 minit, gunakan kipas supaya serata warna roti.





Entri Roti Bun Ulangsiar dari http://ift.tt/2azCyaG
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Resepi Makaroni dan Keju Ceria (Mac N Cheese)

'Mak' dan 'keju'(Mac n Cheese) adalah hidangan pasta orang Amerika klasik dan semua orang sukakannya. Yang penting, jangan ragu untuk menggunakan mana-mana jenis makaroni yang berbagai jenis corak tiub yang anda mahu. Saya telah membuat hidangan ini dan hanya menunggu sehingga adik kakak mencubanya!
Hidangan ini tidak akan memenangi sebarang hadiah di dalam pertandingan makanan kecuali dengan salad yang bagus bersama ayam panggang yang bagus. Wow!

Bahan-bahan

1. Makaroni
1 sudu teh garam
300 gram makaroni
dua cawan air tapis.
Didihkan air bersama semua bahan di atas sehingga makaroni agak kembang sedikit lebih kurang 10 hingga 15 minit. Selepas itu, toskan dan ketepikan.

2. Sos Pasta
30 gram mentega
dicairkan kemudian masukkan;
1 sudu besar tepung gandum
kacau hingga sebati kemudian;
4 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris halus
ditumis sehingga naik bau dan campurkan;
2 helai daun salam
dan;
susu cair 250ml
biarkan didih sebentar kemudian masukkan;
3 biji tomato dipotong dadu
beberapa tangkai taim segar, atau kering pun tak apa
2 percikan sos Worcestershire, (pilihan, jika tiada, memadai bubuh sesudu kecil kicap manis dan sesudu kecil sos tiram)
1 parutan buah pala, (pilihan)
akhir sekali, masukkan;
70 gram keju Cheddar, baru diparut
50 gram keju Parmesan, baru diparut
jika tiada kedua-dua keju ini, memadai dengan menggunakan 110 gram krim keju tortura (tortura milk cream cheese).
Kacau sehingga sebati

Untuk hiasan tambahan, taburkan keju mozzarela ke atas makaroni tadi.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 220 darjah sentigred. Bakar selama 20 minit

Untuk hiasan selepas memadak, taburkan 3 genggam besar serbuk roti (breadcrumbs) dan reniskan sedikit minyak zaitun semasa masih panas lagi.

Resepi asal dari Jamie Oliver yang saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya yakin, resepi ini mampu membuatkan adik kakok teruja dalam kesedapan!

Entri Resepi Makaroni dan Keju Ceria (Mac N Cheese) Ulangsiar dari http://ift.tt/2agwZfK
Thursday, 28 July 2016
Posted by Unknown

jom ikut tokma shopping...

Assalamualaikum,

Minggu depan isnin hingga jumaat tokma akan berada di Japan, iaitu di Rinku Premium Outlet.
Tujuan adalah untuk menemani Hani my daughter utk membeli belah handbag buat pelanggan beliau.

Seperti yg mungkin anda telah tahu, kedua anak perempuan kak ida, iaitu Eka dan Hani adalah usahawan/menjual handbag aka beg tangan secara retail dan wholesale.

Alhamdulillah, nampaknya perniagaan mereka berkembang dan kini Hani ingin menambah koleksi handbagnye...itulah sebab dia ajak kak ida ke Osaka buat permulaan. InsyaAllah jika berhasil mungkin Hani akan kerap ke negara matahari terbit ini.

Semasa di Rinku Premium Outlet nanti Hani akan bersiaran secara langsung, iaitu akan berkomunikasi dengan anda secara online melalui akaun instagramnya iaitu @bagbyhani

Dia akan upload foto-foto handbag dan anda boleh membuat pesanan dalam masa yang sama jika berminat dengan handbag-handbag tersebut. Hani ada update beberapa kali mengenai trip ini di instagram tersebut.

Tokma pula adalah tukang teman je dan jurufoto...hehe...InsyaAllah dan juga tukang promo...:)

Muga usaha anakanda kkida ini akan membuahkan hasil dan memberikan kesan positif....amin...

Terima kasih bagi anda pembaca blog kkida yang support usaha kedua-dua anak kkida.

Bagi yang belum pernah mengunjungi Instagram mereka...kkida kongsikan di sini

@bagsbyhani ~ hani jual bag longchamp from france

@tasbijoux ~ designer bag from Italy





Entri jom ikut tokma shopping... Ulangsiar dari http://ift.tt/2alf2Po
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Friday, 22 July 2016
Posted by Unknown

Kek Sarang Semut Ceria

Kek Sarang Semut Ceria atau Kek Gula Hangus Ceria juga dikenali Kek Span Gula Hangus suatu masa dahulu, bukanlah cerewet cara membuatnya.

Untuk newbies atau yang baru nak cuba membuatnya, inilah bahan-bahannya:

Gula Karamel
= 1 cawan gula disangai di atas kuali atau periuk
tunggu sampai semuanya menjadi karamel kemudian;
= 1 cawan air panas dituang perlahan-lahan, kemudian;
= masukkan 2 sudu marjerin dan gaul sampai marjerin sebati. Tutup api. Jangan gaul lama-lama

Bahan basah
= 4 biji telur ayam gred B atau 3 biji kalau gred A dipukul sampai kembang dan bukan sampai bertanduk
= 150 ml susu pekat dituang ke dalam telur dan dipukul sampai susu sebati sahaja
= 1 sudu teh vanila kalau tak mahu, tak payah bubuh.

Bahan Kering
= 1 cawan tepung gandum tanpa peluntur (unbleached) disaring bersama
= 2 sudu soda bikarbonat dan
= 1 sudu teh serbuk penaik

Bergabung...
1. Tuangkan bahan basah sedikit demi sedikit ke atas bahan kering, gaulkan. Ini untuk mengelakkan ianya berketul

2. Selepas itu, tuangkan adunan ini ke dalam gula karamel kita tadi. Gaul sebati.

3. Griskan loyang, kemudian tuangkan adunan berkaramel tadi ke dalam loyang yang hendak dibakar. Peram sekurang-kurangnya sejam setengah, lebih cantik kalau 3 jam ke atas.

4. Panaskan ketuhar selama 10 minit dan masukkan adunan tadi. Bahagian atas loyang dibalut kerajang aluminium. Cara bakar;

= Jika guna ketuhar api gas, 160 darjah sentigred selama setengah jam memadai.
= jika kukus, kukuslah selama 30 minit. Air pengukus hendaklah seinci dari loyang (isian penuh)
= Jika guna oven elektrik, tetapkan api 200 darjah sentigred bahagian bawah sahaja. Ketinggian loyang dari besi bara tu sejengkal (ibu jari dan jari telunjuk).

Jika sudah mahir, boleh naikkan lagi jumlah bahan sekali ganda seperti berikut
2 cawan gula
2 cawan air panas
setengah cawan marjerin

8 biji telur gred B atau 7 biji gred A
setengah tin susu pekat
1 sudu makan vanila

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik

di bakar selama 35 minit hingga 45 minit. Bermakna, masa minit 35, kena cek sama ada dah masak belum, bau rentung ke tak. Banyak faktor mempengaruhi. Jika sudah berjaya dan mahir, kekalkan alatan anda itu termasuk ketuhar yang anda guna kerana setiap alat dan ketuhar berbeza-beza jenis dan suhunya.

Masih tidak jadi sarang semut?
1. Masa membakar boleh jadi kurang 5 minit atau lebih 5 minit dari yang dinyatakan di atas.
2. Suhu api boleh jadi kena kuatkan lagi atau kena perlahankan lagi.
3. sukatan di atas ialah sukatan standard mengikut acuan standard, boleh jadi sukatannya berubah jika menggunakan cawan minuman.
4. TERAKHIR: Jika ketuhar elektrik anda bakar kek ini sebanyak 3 kali tidak menjadi, bermakna anda kena tukar ketuhar api kerana ada sesuatu tidak kena pada ketuhar elektrik anda.

Entri Kek Sarang Semut Ceria Ulangsiar dari http://ift.tt/2adb8Zd
Thursday, 21 July 2016
Posted by Unknown

aidilfitri holiday with family ~ bandung


Salam, tengah rajin baik update....esok belum tentu...hehe...

Raya ketiga iaitu Jumaat subuh kkida anak beranak bertolak ke KLIA2 utk ke Bandung...sebelum ni belum pernah kemana-mana cuti raya....hanya di rumah menunggu tamu....kali ni kkida ajak hubby dan anak-anak pergi makan angin...cemuih dah rasanya dok melangut menunggu tamu kat rumah...lol...

InsyaAllah tahun tahun mendatang jika ada umur akan menjadi aktviti kami sekeluarga...iaitu jenjalan makan angin semasa cuti raya...:)

 
Mula-mula kkida bercadang nak ke Padang dan Bukittinggi sehari sebelum raya....cadang nak cuba raya kat negara jiran...tapi bila kkida google keadaan trafik di Bukittinggi...langsung cancel...apataknya depa punya jem 10 kali lagi teruk dari kita....dah le hotel pun semua penuh....maka kkida pun tukar plan dan ajak famili gi Bandung je lepas raya...ambik tiket flight dan hotel 2 bulan sebelum raya...:)


Seronok juga jenjalan reramai sekali sekala biarpun letih mengelola itu ini...yelah semua itenarari kita yg kena plan...depa ikut je...

nanti kkida sambung yek!




Entri aidilfitri holiday with family ~ bandung Ulangsiar dari http://ift.tt/29QRm3H
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday, 14 July 2016
Posted by Unknown

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam dan selamat hari raya...dah lebih seminggu raya baru tokma dapat ucapkan selamat hari raya aidil fitri...:)


Hari raya pertama kkida sekeluarga pulang ke Kuala Kangsar selepas solat raya...tak pernah sebelum ni balik kampung pagi raya....ni pertama kali...hehe...ramai juga warga kota yg pulang ke kampung di pagi raya...kononnya nak elak kesesakan...namun sama jer kkida rasa...stil banyak kereta terutama di rnr....:)

itulah negara ku Malaysia...tapi seronokkan....bukan selalu bersesak dan berhimpit-himpit di jalan raya, setahun sekali jer...


ada antara my famili yg dah balik awal, 2 hari sebelum raya...kkida payah sikit nak balik awal, payah nak tido...bilik limited dan anak pulak dah besar panjang...takpalah kita mengalah...sebab yg lain depa memang bergilir balik kampung...jadi memang tiada pilihan utk beraya di rumah sendiri...

  my lil brader dengan anak buah bujang...namun tiada siapa dapat menandingi ukuran badan dan tinggi pakchu...hehe....ikut sapa ntah pakchu izham ni...:)

  raya kedua pepagi lagi dah bertandang rumah kawan...hehe...

 dapat duit raya dari ayah ngah...biasalah kan...:)

subuh raya ketiga kkida anak beranak ke Bandung...just a short getaway...tiga hari dua malam...InsyaAllah jika ada kelapangan kkida akan share cerita Bandung ye...#jjcm

di sini tokma aka kkida menyusun sepuluh jari mohon maaf lahir dan batin jika selama ber blog ini kkida ada mengguris hati anda...sebagai manusia kita tak lepas dari kesilapan...kkida suka menulis di sini cuma masa dan semangat menulis tu yg semakin berkurangan...:)

Harap masih ada yg sudi baca celoteh kkida ni...:)

Entri Selamat Hari Raya Aidil Fitri Ulangsiar dari http://ift.tt/29JHJ7C
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Samperit Susu




Resepi mudah...

400 gm tepung jagung
100 gm tepung kastard
50  gm tepung ubi
1/2 tin Susu pekat
250  gm butter

Cara membuat :

Butter dikacau dengan Susu hingga sebati. Tak perlu guna mixer, cukup kacau dengan senduk kayu.

Masukkan tepung Dan uli sebati.

Masuk dlm acuan samperit Dan letak coklat nibs.

Bakar 170C selama 15-20 minit.





Entri Samperit Susu Ulangsiar dari http://ift.tt/29q6pAd
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Sunday, 3 July 2016
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -