Posted by : Unknown Tuesday, 28 June 2016

Telur shashuka (Syasyuka) adalah masakan yahudi dan mediteranean sering dijumpai di restoran nasi arab milik warga arab di Malaysia. Inilah bahan-bahannya.

Bahan Tumis
bawang besar 1 biji atau bawang kecil 2 biji
Bawang putih parut 2 biji
Lada benggala 1/2 biji
tumis sampai bawang layu dan naik bau kemudian

Campurkan
Sos tomato 2 sudu kecil
tomato cincang 800g
Jintan putih 1 sudu kecil
Paprika 1 sudu kecil
Serbuk cili 1 sudu kecil (saya ganti cili boh)
Cili empeng 1 sudu kecil (saya tak letak sebab pedas sangat)
Gula 1 sudu besar
garam 1 sudu kecil
lada hitam 1 sudu kecil
didihkan 15 minit atau sampai pekat. Cuba rasa kemasinan. Baiki jika perlu. Kemudia barulah

pecahkan telur 3 biji dan gaul laju-laju jika mahu telur hancur. Kalau nak buat telur mata kerbau, pecahkan atasnya dan tunggu telur masak.



Entri Telur Shashuka Ceria Ulangsiar dari http://ift.tt/28ZP7ra

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -