Posted by : Unknown Tuesday, 5 January 2016



Assalamualaikum, 
kkida terlebih rajin, macamlah takda kerja lain...hehe...tapi macam terujalah pulak nak share more about my recent umrah trip...:)

Hari kedua iaitu selasa, kami ikut ziarah luar pertama...iaitu ke Jabal Rahmah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jara'nah untuk niat umrah kedua...


Jabal Rahmah...tempat pertemuan Nabi Adam dan Nenek Hawa setelah diturunkan dari Syurga..Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka dan Ibunda Hawa di Jeddah...begitulah penerangan dari mutawif...setelah terpisah lama akhirnya mereka bertemu di Jabal Rahmah...dan kini tempat pertemuan itu didirikan sebuah tugu...

Jabbal Rahmah terletak dalam kawasan Arafah...bila musim Haji...terutama hari wukuf, bukit ini diselimuti oleh warna putih seperti salji...ramainya manusia yg mengerumuni dan berhimpun di Jabal Rahmah sehinggalah matahari terbenam...


Ajwad dan Atmam panjat hingga ke atas...sementara Hani sekerat jalan...kkida pula biasalah...tunggu kat bawah je...hehe...cuaca ketika ini nyaman, macam dalam aircon...memang masa kkida pergi ni dah nak masuk musim sejuk...setiap hari suhunya semakin menurun terutama malam bawa ke pagi...memang kena pakai baju panaslah...


surah Al-A'raf ayat 24


setiap hari sepanjang tahun Jabal Rahmah menerima tetamu yang ramai...ramai yang datang untuk berdoa kerana Jabal Rahmah juga tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa...


Selepas Jabal Rahmah kami dibawa ke Arafah, Muzdalifah dan Mina...pusing dalam bas aje...sambil mutawif bercerita...semua tempat tu kkida pernah jejak pada musim haji 2009...nostalgia habis dan sayu sangat bila bas melalui kawasan penempatan Asia...:']

Bila lihat keadaan Mina yang sepi kkida seperti tidak percaya betapa havocnye suasana tatkala musim haji...berlainan dengan Arafah yang kesemua kemah dibuka...Mina pula kemahnya dibiarkan berdiri tegak...pengalaman berada dlm kemah-kemah tersebut masih terpahat diingatan...semuga Allah SWT terima amalan hambanya yang sanggup bersusah payah dan bersabar kerana inginkan Syurga yang Allah janjikan...(bukan senang nak senang)


Selepas Mina kami meneruskan perjalanan ke Jara'nah untuk solat sunat dan niat umrah...Hani dan Ajwad buat umrah sekali lagi...sementara kkida tak dapat nak buat...orang ramai sangat...nak masuk toilet dan nak berwudhu pun tak sempat...tak daya nak berdiri lama Q...akhirnya kkida hanya tawaf sunat sahaja...:)


Awad dan Hani setelah selesai umrah kedua...:) Alhamdulillah...


inilah laluan setiap kali ke masjilharam...bilik kkida tingkat 22...tapi tidak mengadap masjid...jika tidak mesti cantikkan...:')

InsyaAllah kkida sambung lagi...

Entri perjalanan umrahku ~ part 3 Ulangsiar dari http://ift.tt/1O2OoVN
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -