Posted by : Unknown Saturday, 2 January 2016

Perjalanan umrah ku mencari ketenagan dan keredhaan Allah swt...


Assalamualaykum sahabat blogger sekalian...setelah berfikir semasaknya, kkida ambil keputusan utk menulis mengenai pengalaman kkida mengerjakan umrah dari 20hb hingga 31dec lalu bersama tiga orang anakanda kkida iaitu hani, ajwad dan atmam...hubby tidak turut serta (rasa sedih jugak...:)

Namun Mutawif di Makkah berkata, bukan semua orang dapat jemputan dari Allah, jika Allah swt tak jemput memang tak mungkin seseorang itu jejakkan kaki ke Tanah Haram walaupun duitnya berkepok-kepok..serupa macam kenduri kendara, jika tuan rumah tak ajak, walaupun jiran dekat tak mungkinlah kita nak pergi...betul tak? Paling kurang kena jemput tru watsup...:)....barulah rasa tak segan nak gi...


Alhamdulillah, kkida anak beranak telah selamat kembali selepas sebelas hari bermusafir ke tanah suci, rasa seronok sangat kerana tertunai sudah hasrat di hati hendak ke Makkah...kali terakhir kkida jejakkan kaki ke SANA tahun 2009, tatkala mengerjakan Haji dengan suami...:)

Banyak yg kkida ingin sembang dan kongsikan...pengalaman kkida selama 10 malam di Makkah dan Madinah...harap mana yg elok jadikan panduan yg kurang elok jadikan pengajaran...lain orang lain pengalamannya...rezki masing-masing...walaupun kita dah plan cukup bagus, namun semua itu kehendak Allah SWT...


Sejak tahun 2013 lagi hati kkida nak sangat ke Makkah...tapi mungkin bukan rezki kkida, maka angan-angan tinggal angan-angan hinggalah selepas raya puasa tahun lalu kkida bertekad nak gi juga tahun 2015...dan Alhamdulillah kkida berjaya jejakkan kaki ke Rumah Allah dan ke Raudhah di Madinah...satu pengalaman yg tak mungkin kkida lupakan sepanjang hayat...ntah mampu atau tidak kkida nak ke Makkah lagi...terutama dari segi kesihatan...huhu

Oklah, kkida nak mulakan kesah perjalanan umrah kkida ini dengan pakej yg kkida pilih...

Sebelum ambik keputusan utk ikut pakej Syarikat Utas Travel kkida telah survey hampir 10 syarikat yg mengendalikan umrah...antaranya...Andalusia, Rayhar, Zahafiz, TH Travel, Gemilang dan beberapa lagi syarikat yg mengendalikan umrah...tapi ntah kenapa kkida gi pilih Utas Travel...:')

kkida tak pasti samada pakej travel lain ok ke idak...namun pengalaman kkida dengan Utas memang tidak menggembirakan...namun mungkin dah itu rezki kkida...redha jelah...tapi jika ada rezki untuk Umrah sekali lagi tak mungkin kkida pilih pakej dari Syarikat Utas...dan kkida juga tak rekomen jika ada adik beradik atau kawan-kawan yg nak ikut pakej syarikat ini...

Kenapa?
1) lain yg di janji lain yg diberi
2) servis kureng
3) harga vs tawaran tak sepadan
4) ada banyak pilihan lain yg lebih baik

sepanjang kat sana dok teringat kat cucu tokma yg cerdik ni...balik aje dari Umrah tengok dia dah boleh merangkak laju....:)

dalam pesawat sebelum berlepas...flight delay 3 jam...dah rugi masa kat situ...tapi ada juga yang lewat sehingga 20 jam (redha jelah)...itulah standard servis pesawat Saudia

tunggu agak lama juga kat airport...selepas dua jam baru bas sampai untuk jemput kami ke Makkah...

kkida bukan nak kondem syarikat ini, namun lebih baik kkida cakap terus terang dari dok simpan dalam hati...(ini adalah apa yg saya dan group kami lalui)...lain orang lain bahagiannye...:\

InsyaAllah jika ada masa kkida sambung lagi ye...:)

Entri perjalanan umrahku ~ part 1 Ulangsiar dari http://ift.tt/1UlhZv3
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -