- Back to Home »
- Resepi , Resepi Bonda »
- Rendang Pedas dan Pulut Kuning
Posted by : Unknown
Tuesday, 3 February 2015
Masak pulut kuning lagi...., ni sebab selalu benar tengok Instagram Zarina Zainudin yg promo pulut kuning dan rendang...
Resepi Rendang Pedas
Bahan-bahan :
1/2 kg daging potong nipis.
1 1/2 biji kelapa ambil santan 1 liter
2 batang serai diketuk
2 sudu kerisik
1 keping asam keping
bahan mesin :
10 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 in halia
2 in lengkuas
1 camt jintan manis, putih dan ketumbar
sedikit kunyit
10 tangkai cili kering atau ikut suka kepedasan.
Cara-cara :
1. Bahan mesin+ serai + daging dan dimasak perlahan hingga 1/2 masak ( 40 minit...) Tambahkan air jika perlu.
2. + santan dan dimasak dgn api sederhana hingga kering dan daging empuk.
3. + asam keping dan sesuaikan rasa...
Pulut Kuning
1/2 kilo pulut direndam dengan 2 sudu kunyit serbuk dan 2 keping asam gelugor.
1 cawan santan pekat + 1 sudu garam dan 1/2 sudu gula.
Cara-cara :
1) Pulut direndam dgn serbuk kunyit dan asam gelugor selama2 - 4 jam.
2) Toskan pulut dan lalu sebentar dgn air. Kukus selama 20 minit.
3) Angkat pulut dan letak dalam besen yang besar. Arunkan dengan santan, biarkan ia meresap sebentar.
4) Kukus lagi 20 minit. Sedia untuk dihidang.
Entri Rendang Pedas dan Pulut Kuning Ulangsiar dari http://ift.tt/1yAmCG7
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.