Posted by : Unknown Monday, 7 January 2019

Kali kedua kkida ke New Delhi adalah pada tahun 2016...route KL-Hyderabad-Lucknow-Delhi-KL. Nanti bila-bila kkida share cerita Hyderabad dan Lucknow...nak kena cari gambar dulu...lol

Selepas Hyderabad dan Lucknow kkida singgah ke Delhi...kali pertama pergi tahun 2010 dengan anak-anak semua...tahun 2016 hanya seorang ajer anak yg ikut...jadi bodyguard mama dan ayah...:)


India adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan bermacam kesah dan cerita...taraf kehidupan yg jauh berbeza dengan kita...anda pasti akan tekejut jika dtg ke negara ini...cannot imagine bagaimana struggle nye mereka untuk hidup...maksud kkida rakyat peringkat bawahan...kesusahan yg melampau...takda kat negara kita 😌...maka hendaklah kita bersyukur kerana dilahirkan di negara tercinta ini....:)

kkida tiba di delhi selepas menginap 3 malam di Hyderabad dan 2 malam di Lucknow...dari Lucknow kkida naik pesawat ke Delhi...tiba Delhi terus ke hotel...nginap dua malam di hotel...sebelum ke airport pada hari akhir, kkida singgah rumah Halina...kenal melalui ig kkida 😂...Halina jemput kkida singgah rumah sebelum balik...suami Halina bekerja di pejabat kedutaan Malaysia di India...

Curry Halina memang sedap sangat...belajar
 dgn mak mertua Halina kata...dah kawin dengan
 org Penang kenalah belajar masak kari stail Penang
sambal belacan...yummm
sambal udang besaq kemain
dua dua org Penang...hehe
Halina 😍
Halina ni baik sangat orangnye...love you so much Halina...jika Halina baca entri kkida ni kkida ingin ucapkan berbanyak terima kasih kerana melayan kami tiga beranak dulu...walaupun dah dua tiga tahun baru nak update kat blog ini...😂

Halina menjamu kami makan hidangan yang sangat sedap...kari ikan, sambal udang, sambal belacan...fuh!!! memang tak boleh kkida lupakan...anda memang terer masak le Halina...patutnya kena buat blog dan share skil Halina tu...:)

Sementara tunggu Halina siapkan hidangan tengahari kkida ke sebuah lokasi yg bersejarah...Qutub Minar...Halina siap hire driver utk hantar kami ke situ...tq so much Halina and hubby...💖

ada bangunan yg sangat penting di negara
kita yg tiru QM...anda teka bangunan yg mana satu?
masjid ini dibina ketika zaman kegemilangan islam di India 600 tahun lalu
muka-muka patung ditarah...

Jika anda ingin tahu sejarah Qutub Minar silalah google ye...hehe...tokma malas nak tulis panjang-panjang kat sini...:) sekarang ni semua info di hujung jari ajer...jangan malas ek!!!

Petang selepas rehat sebentar dan solat Halina bawa kkida gi jenjalan ke satu tempat ni...tak ingat dah apa nama lokasi tersebut...tempat tu menjual berbagai barangan kraft dari serata pelosok India...jika ikutkan hati semua kkida nak beli nbawa balik...memang menarik sangat...

Malam selepas solat Halina dan suami sediakan kereta dan driver untuk hantar kami ke airport....terima kasih sangat pada Halina dan suami kerana bersusah payah melayan kkida...kata Halina dia memang sering terima tetamu dari Msia terutama sekali kawan-kawan dan saudara mara...katanya dia memang suka jika ada tamu dari Msia yg singgah ke rumahnya...:)

Kediaman mereka duduk tu memang khas untuk semua kakitangan Kedutaan Msia di India...kawasannya cantik dan berhampiran dengan sebuah taman yg dipenuhi bunga ros...nantilah tokma cari balik foto-foto yg ntah ke mana letaknya...😑

Entri Qutub Minar Ulangsiar dari http://bit.ly/2Fb3Lj7
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -