- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Gaugane Barra ~ Ireland
Posted by : Unknown
Thursday, 3 January 2019
Assalam, kkida nak share satu lagi lokasi yg cantik di Ireland, masih lagi terbayang keindahan tempat tersebut....lokasi yg sangat jarang orang kunjungi kerana ia agak terpencil...dari Killarney jaraknya lebihkurang 50km...
Mula-mula kkida tak plan nak ke situ...tapi my son Aiman kata cantik tempat tu dan ajak kami ke sana...oklah, since dia dah pernah pergi dan kata cantik kkida pun teruja nak tengok...
Perjalanan dari Cork ke Gaugane Barra agak bersimpang siur sebab kami ambik jalan kampung...memang terasa jauh sangat, walhal jaraknya cuma 70km dari Cork...
Wbp, memang hilang letihlah bila sampai ke GB kerana anda tengoklah sendiri, air tasik tu dah macam cermin membalikkan image pemandangan sekelilingnya...awan kelihatan putih dari permukaan tasik dan lihatlah image church tersebut...Subhanallah...memang terpegun kkida melihatnya...
Pemandangan realiti sangatlah cantik wp cuaca agak suram...
Masing-masing mencari pot terbaik untuk ambik gambar...rasa macam tak cukup-cukuplah...semua tempat pun pemandangannya cantik.
Sebenarnya warna bukit keliling tu sangat kuning kerana dah masuk musim autum...tapi hp tokma tak canggihlah nak rakam gambar pemandangan yg sangat indah itu...
Church tersebut menjadi objek utama dalam setiap foto GB... anda boleh google more photos of GB |
refleksi yg sangat serupakan...seolah gambar diterbalikkan...jika tengok dengan mata kepala sendiri pasti anda akan terpegun...
Kawasan GB sangalah luas, terdapat hutan pokok simpan berhampiran....memang sangat cantik dan scenic, jika shooting apa-apa kat situ pasti hasilnya sangat awesomelah...tak kira drama atau filem atau shooting product...
Bagi ahli photographer jika anda ke Ireland eloklah singgah ke tempat ini...tokma tak tipu...:)
terdapat cafe dan hotel dalam kawasan tersebut... |
Itu jelah cerita kkida kali ini...kami meluangkan masa dalam dua jam kat GB sebelum meneruskan perjalanan ke Killarney...(ada videonya, nanti tokma share ye...:)
InsyaAllah nanti tokma sambung lagi cerita ini ye....salam jumaat semua...jom baca Al-Kahfi dan Yaasiin malam ni...
Assalamualikum 😍
Entri Gaugane Barra ~ Ireland Ulangsiar dari http://bit.ly/2Vqis6R
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.