- Back to Home »
- Ceria Resepi , Resepi »
- Resepi Sos Lada Hitam Ceria
Nak resepi paling dirahsiakan tak?
Sos lada hitam (blackpepper sauce) ceria akan berkongsi rahsia ini.
Cuba dulu kemudian komen di sini ya!
Bahan bahannya
Tumis...
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang belanda
Dengan sesudu mentega.
Bila naik bau, masukkan Sesudu tepung gandum
Ini semua ditumis menjadi sos bishamil.
Masukkan sebiji cendawan straw (straw mushroom) yang dihiris dan
Dua sudu serbuk lada hitam.
Tuangkan air secawan. Didihkan.
Masukkan seketul kiub DAGING jenama knorr.
Tuangkan 3 sudu kicap pekat manis (jenama kipas udang sangat disyorkan).
Tuangkan secawan susu segar atau bancuh secawan air dengan susu tepung dua sudu. Ini alternatif kepada susu berat (heavy cream). Jangan guna krimer sejat. Susu sejat dibolehkan.
Biarkan mendidih. Kemudian kisar halus dengan pengisar.
Masukkan bancuhan sesudu tepung jagung dalam 1/3 cawan air.
Gaulkan dengan mesin pemutar. Ini langkah penting untuk mengeluarkan kepedasan lada hitam serta sebatinya tepung jagung tadi.
Siap dihidang dan dituang ke atas ayam, daging, kambing, ikan, roti dan kentang goreng atau dimakan begitu sahaja.
Cubalah!
Entri Resepi Sos Lada Hitam Ceria Ulangsiar dari http://ift.tt/2rsonfZ