- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- "jangan pergi ke Iran" ~ part 2
Posted by : Unknown
Tuesday, 23 May 2017
Pelajar kolej mungkin yang kkida ketemu di Fir Garden, Kashan, bila ajak ambil gambar masing-masing seronok kemain...:) |
Assalam,
Sebenarnya kkida pun tak tau bagaimana nak relate my trip antara setiap entri, kerana terlalu banyak foto dan cerita di sebalik foto...oleh itu kkida main upload ajelah gambar ye....photo dan jalan cerita tiada kaitan....kkida add caption pada setiap photo...
anak ini kkida ketemu ketika menginap di rumah percutian Hamid, my driver :) |
Pada hari kedua di Iran saya sekeluarga terbang ke sebuah bandar yang terletak di bahagian tengah negara tersebut, Shiraz.
Shiraz ini popular sebagai pekan penyair, terdapat beberapa tugu/makam penyair terkenal Iran di bandar Shiraz. Tapi kkida tak sempat gi satu pun...masa pendek...banyak sangat tempat nak dilawati dan semuanya pun macam perlu dilawati...hehe...
pakcik jual sayur di pasar basah di Fawman, Gilan Province |
Kkida menginap dua malam di Shiraz di sebuah hotel traditional milik keluarga Hamid, my driver tulah...utk ke sana sini dalam bandar Shiraz kami minta hotel hantarkan dan balik selalunya kami naik teksi...
Hamid, dia ni kelakar sikit orangnye, dan malas mandi...lol |
Kereta Hamid baru beli sebulan, memang sedaplah kita orang naik...bayarannya pun sedap gak...we paid USD100/perday/percar (2 kereta) for 9 days (kira sendirilah ye berapa tokma belanja utk kereta ajer...:')
Tapi nak selesa punya pasal, pejam mata...namun ada gak untungnya, dapat tengok banyak tempat dan travel jauh. Jika harap public transport, memang tak terdayalah nak travel sehingga 2K km for 9 days...kannn....
Iran ni negaranya sangat luas, lebih luas dari France tak silap tokma...bayangkan Tehran ke Shiraz ajer dah 1000km...tu sebab tokma fly, tak larat nak naik bus (8jam) atau keretapi yang makan masa sehingga (14 jam).
Masa penerbangan hanya 1 jam 20 minit...tokma tempah tiket dari Mahan Air, KL office. Tambang pesawat seorang dalam RM200 (one way). OKlah kan, jika naik bus USD25 tak silap...flight pun selesa dan ada refreshments (sandwich dan jus)
Hotel di Tehran dan Shiraz kkida tempat dengan menulis email kepada mereka. Untuk pengetahuan anda yg ingin travel ke Iran, majoriti hotel di Iran tiada dalam Booking.com, Agoda, etc...so anda kena google dan inquire sendiri melalui email...most hotel di Shiraz adalah tradisional house yang diubah suai menjadi hotel atau hostel...Taha Hostel milik keluarga Hamid adalah antara Hostel yang tinggi ratingnya di Shiraz...
Rose water yang dibuat dari bunga ros sebenar... wangi dan sedap... |
Dari Taha hotel baru kkida plan my next trip dan menempah hotel dan transport (minta tolong staf Taha hotel yang peramah itu...:)
Nantilah kkida share more details and photos ye...
Kueh ni adalah kueh tradisi Iran, dalamnya inti isi buah kurma |
Di Shiraz kkida melawat beberapa tempat yang popular seperti Pink Mosque dan Eram Garden juga Bazaar...anda boleh google tempat-tempat ini untuk mendapatkan info lebih lanjut...
Mereka hidup dengan makan roti sehari-hari, makanan ruji...dan ini adalah sejenis roti yang dihidangkan... seperti bubble wrapkan...lol |
Dah nak maghrib ni, nanti bila-bila kkida sambung lagi ye...InsyaAllah...
Entri "jangan pergi ke Iran" ~ part 2 Ulangsiar dari http://ift.tt/2rMfrz8
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.