Archive for June 2016

Telur Shashuka Ceria

Telur shashuka (Syasyuka) adalah masakan yahudi dan mediteranean sering dijumpai di restoran nasi arab milik warga arab di Malaysia. Inilah bahan-bahannya.

Bahan Tumis
bawang besar 1 biji atau bawang kecil 2 biji
Bawang putih parut 2 biji
Lada benggala 1/2 biji
tumis sampai bawang layu dan naik bau kemudian

Campurkan
Sos tomato 2 sudu kecil
tomato cincang 800g
Jintan putih 1 sudu kecil
Paprika 1 sudu kecil
Serbuk cili 1 sudu kecil (saya ganti cili boh)
Cili empeng 1 sudu kecil (saya tak letak sebab pedas sangat)
Gula 1 sudu besar
garam 1 sudu kecil
lada hitam 1 sudu kecil
didihkan 15 minit atau sampai pekat. Cuba rasa kemasinan. Baiki jika perlu. Kemudia barulah

pecahkan telur 3 biji dan gaul laju-laju jika mahu telur hancur. Kalau nak buat telur mata kerbau, pecahkan atasnya dan tunggu telur masak.



Entri Telur Shashuka Ceria Ulangsiar dari http://ift.tt/28ZP7ra
Tuesday, 28 June 2016
Posted by Unknown

Ayam Mashwi (Mashwi Dajaj)

Resepi Ramadan, nak masak cara nandos tapi gaya arab. Inilah dia, ayam mashwi, mashwi ni maksudnya panggang. Sumber asal resepi ini saya ambil di FB (اكلات وحلويات رمضانية) Aklatun wa Hulwiyyatun Ramadaniah (Makanan dan Manisan Bulan Ramadan). Nama asalnya (طريقة عمل الدجاج المشوي بالكيس) thoriqatun amalunid-dajajil-meshwi bilkis iaitu bermaksud resepi ayam panggang dengan plastik kalis api. Blog resipinya http://ift.tt/28TVgHV

Saya kalau masak yang arab, tengok resepi pun yang dari arab. Itulah untung kalau ambil Bahasa Arab SPM. Saya ada ubahsuai sikit resepi asal.

Bahan-bahannya
1.5 kg ayam (ayam seekor)
2 sudu kecil garam
Selepas sapu garam, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dalam sejam.


Bahan lulur ayam
2 sudu besar minyak zaitun
sebiji jus lemon dan parutan kulitnya
1 sudu besar cuka
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
1 sudu kecil ketumbar (dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar paprika (kalau nak kurangjadi 1/4 sudu kecil)
1/2 sudu besar sos cili (ikutlah jenama apa)
6 ulas bawang putih diparut
1 inci halia diparut
1 biji cili hijau dipotong
1 biji bawang besar (atau 2 biji bawang kecil) dibelah empat dimasukkan dalam badan ayam

*tambahan, saya masukkan dua sudu besar cuka arang (smoke liquid)
*tambahan kedua, saya masukkan sesudu besar rosemary.

Gaul dan lulur. Masuk dan sapu rempah dalam badan ayam. Rehat 10 minit hingga sejam.

Sayuran
2 biji kentang dipotong empat
1 batang lobak merah dipotong empat
2 batang zukini atau timun batang dipotong empat
* nak potong sepuluh pun boleh, potong 4 ni lebih ranguplah.

Jem, sarat pula. Tak pasal-pasal kena tukar bekas. Resepi asal 1 kg ayam, ayam ni ayam besar sebab itu lebih muatan. Terpaksa tukar loyang heheh

Bakar dengan api sederhana (150 darjah sentigred) selama sejam setengah atau api kuat (220 darjah sentigred) selama 45 minit. Siap dihidang bersama sos nandos. Yang latar belakang tu kuih manisan lokma, ada dalam FB tadi juga.




Entri Ayam Mashwi (Mashwi Dajaj) Ulangsiar dari http://ift.tt/298rJc6
Saturday, 25 June 2016
Posted by Unknown

cara kak ida travel ~ penginapan

Salam,
nak share bagaimana kkida pilih tempat penginapan jika travel obersi...sambil tu sharelah gambar kan...:)

Sebenarnya semua orang yg rajin travel terutama ke luar negara tahu bagaimana nak cari tempat penginapan. Mudah aje dengan adanya internet, tak macam dulu-dulu....masa tahun 90an jika nak travel kkida kena minta travel agent arrangekan penginapan...:(

Novotel (penginapan di Bogor)...landscape best...cuma bilik kureng sikitlah....ada sikit tak puashati...(itu semua bergantung pada rezki kan....kan...:)

Sekarang ni jarang dah guna khidmat travel agent kecuali jika terpaksa....contoh...ketika nak mengerjakan umrah hari tu atau jika nak travel ke tempat yang kita tak pasti (india dan cina kkida guna khidmat travel agent iaitu AirAsiaGo)....tapi jika boleh memang nak cari penginapan sendirilah...

Website yg paling kkida suka sekali jika nak booking penginapan adalah Booking.com
Paling mudah sekali dan paling senang nak book tempat penginapan....website ini sangat user friendly....orang yg baru pertama kali nak travel pun tak susah nak paham (tak keliru) cara nak guna website ini...

Amoi ni nak promo apatah dengan kkida, so kkida kata you diri sana dulu saya nak ambik gambar (cakap jepun tau..:)..dia pun sengih ajelah...apartment yg kkida sewa yang balconi warna coklat tu, tingkat atas sekali...dapat tru AirBnB...lokasi baik...depan train/metro station...

Selain Booking.com kkida ada juga sekali-sekala guna Agoda.com (mereka ni sebenarnya adik beradik....from same group) dan Hotel.com dan otel.com (ada banyak lagi...)

Compare to Booking.com Agoda kureng sikitlah (pada kkida)....tapi jika harga yg Agoda tawarkan cheaper dari Booking.com kkida akan book tru Agoda...satu lagi website yg kkida suka juga ialah Expedia....senang juga nak paham dengan website ini...


AirAsiaGo juga ada hotel....kita boleh booking melalui website mereka...tetapi pada pendapat kkida AAG dan Expedia adalah sumber yang sama (adik beradik)...kadang-kadang jika kita book together flight dan hotel melalui AAG harganye memang sangat murah...dan jika AA buat sale....kita boleh dapat free seats lagi...

Hotel Pade...besar kemain biliknya...dah salah satu hotel terbaik kat Banda Aceh...booking tru Booking.com...rate murah berbanding booking direct dengan hotel

Ada masa jika kkida akan nginap kat satu tempat dan tak akan pindah hotel kkida akan book tru AAG...jauh lebih convenient....tapi memang anda tak boleh cancel dahlah hotel tersebut

Satu lagi kelebihan AAG dan Expedia...kita boleh dapatkan tour packej dan airport transfer juga dari website tersebut (tapi harga memang jauh lebih mahal)

most of the time kkida akan pilih hotel atau penginapan yg include breakfast...

Jika anda nak compare harga penginapan sebelum booking boleh visit website Trip Advisor
memang amat bergunalah website ni bagi yg suka travel...dan kini Trip Advisor pun dah ada perkhidmatan tour....kkida pernah guna tour servis milik Trip Advisor iaitu Viator masa gi Bangkok hari tu...memang berdisiplin...ontime dan lebih profesional...tapi rege mahe sikit le...hehe...namun anda boleh compare...ada kala jika ragu-ragu nak ambil sebarangan travel agent takut kena tipu atau lain2 baik ambik ajer dgn agen yg kita confident...duit boleh carikan...:)

Jika ingin kepastian, kadang-kadang kkida akan hubungi terus hotel tersebut utk check harga dan sebagainya...google ajer hotel pilihan dan email mereka atau call terus...kadang-kadang mereka boleh bagi better offer (tapi selalunya taklah...:)

Last sekali kkida nak share cara nak dapatkan tempat penginapan adalah melalui AirBnB...latest addition dalam pilihan penginapan kkida....masa gi Tokyo hari tu kkida ambil penginapan melalui AirBnB....cuma anda nak kena banyak tawakkallah jika ambil melalui website ni....sebab majoroti penginapan adalah milik persendirian...setengah tu cakap tak serupa bikin...dan agak mahallah pada kkida...ada macam-macam add on lagi selain harga penginapan yg kita sewa...

apa-apa pun tepuk dada tanya selera....ada banyak lagi website yg anda boleh search...apa yg kkida share ni adalah cara kkida cari hotel atau penginapan...sekian...Wassalam...lain kali sembang bab lain pula...:)

Entri cara kak ida travel ~ penginapan Ulangsiar dari http://ift.tt/290RcW9
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Friday, 24 June 2016
Posted by Unknown

cara kak ida travel ~ penginapan

Salam,
nak share bagaimana kkida pilih tempat penginapan jika travel obersi...sambil tu sharelah gambar kan...:)

Sebenarnya semua orang yg rajin travel terutama ke luar negara tahu bagaimana nak cari tempat penginapan. Mudah aje dengan adanya internet, tak macam dulu-dulu....masa tahun 90an jika nak travel kkida kena minta travel agent arrangekan penginapan...:(


Sekarang ni jarang dah guna khidmat travel agent kecuali jika terpaksa....contoh...ketika nak mengerjakan umrah hari tu atau jika nak travel ke tempat yang kita tak pasti (india dan cina kkida guna khidmat travel agent iaitu AirAsiaGo)....tapi jika boleh memang nak cari penginapan sendirilah...

Website yg paling kkida suka sekali jika nak booking penginapan adalah Booking.com
Paling mudah sekali dan paling senang nak book tempat penginapan....website ini sangat user friendly....orang yg baru pertama kali nak travel pun tak susah nak paham (tak keliru) cara nak guna website ini...


Selain Booking.com kkida ada juga sekali-sekala guna Agoda.com (mereka ni sebenarnya adik beradik....from same group) dan Hotel.com dan otel.com (ada banyak lagi...)

Compare to Booking.com Agoda kureng sikitlah (pada kkida)....tapi jika harga yg Agoda tawarkan cheaper dari Booking.com kkida akan book tru Agoda...satu lagi website yg kkida suka juga ialah Expedia....senang juga nak paham dengan website ini...


AirAsiaGo juga ada hotel....kita boleh booking melalui website mereka...tetapi pada pendapat kkida AAG dan Expedia adalah sumber yang sama (adik beradik)...kadang-kadang jika kita book together flight dan hotel melalui AAG harganye memang sangat murah...dan jika AA buat sale....kita boleh dapat free seats lagi...


Ada masa jika kkida akan nginap kat satu tempat dan tak akan pindah hotel kkida akan book tru AAG...jauh lebih convenient....tapi memang anda tak boleh cancel dahlah hotel tersebut

Satu lagi kelebihan AAG dan Expedia...kita boleh dapatkan tour packej dan airport transfer juga dari website tersebut (tapi harga memang jauh lebih mahal)


Jika anda nak compare harga penginapan sebelum booking boleh visit website Trip Advisor
memang amat bergunalah website ni bagi yg suka travel...dan kini Trip Advisor pun dah ada perkhidmatan tour....kkida pernah guna tour servis milik Trip Advisor iaitu Viator masa gi Bangkok hari tu...memang berdisiplin...ontime dan lebih profesional...tapi rege mahe sikit le...hehe...namun anda boleh compare...ada kala jika ragu-ragu nak ambil sebarangan travel agent takut kena tipu atau lain2 baik ambik ajer dgn agen yg kita confident...duit boleh carikan...:)

Jika ingin kepastian, kadang-kadang kkida akan hubungi terus hotel tersebut utk check harga dan sebagainya...google ajer hotel pilihan dan email mereka atau call terus...kadang-kadang mereka boleh bagi better offer (tapi selalunya taklah...:)

Last sekali kkida nak share cara nak dapatkan tempat penginapan adalah melalui AirBnB...latest addition dalam pilihan penginapan kkida....masa gi Tokyo hari tu kkida ambil penginapan melalui AirBnB....cuma anda nak kena banyak tawakkallah jika ambil melalui website ni....sebab majoroti penginapan adalah milik persendirian...setengah tu cakap tak serupa bikin...dan agak mahallah pada kkida...ada macam-macam add on lagi selain harga penginapan yg kita sewa...

apa-apa pun tepuk dada tanya selera....ada banyak lagi website yg anda boleh search...apa yg kkida share ni adalah cara kkida cari hotel atau penginapan...sekian...Wassalam...lain kali sembang bab lain pula...:)

Entri cara kak ida travel ~ penginapan Ulangsiar dari http://ift.tt/28U80Rh
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Tips Tanak Nasi Arab

Tips Tanak Nasi Arab ini saya berikan percuma walaupun saya berniaga boleh dapat beribu-ribu, tetapi ilmu adalah dari Allah. Demikian juga rezeki. Kata nenek saya, walaupun kita bagi ilmu memasak 150% kepada orang lain, tetapi air tangan membezakannya. Itulah kata-kata keramat dari nenek saya dan saya harap kita mula berfikiran lebih maju ke hadapan iaitu, jangan ada rahsia dalam resepi.

Inilah Tips Tanak Nasi Arab tak kiralah kabsah, mandi, maqlubah, biryani, bukhari, palao kabuli (bukan nasi kebuli pahang). Apa sahaja jenis nasi asalkan dari tanah Arab, Tanah Afrika, Tanah Parsi, Tanah Afghanistan dan seumpamanya. Antaranya pemilihan beras basmati yang betul, periuk tekanan, rasa salai, kemasinan dan rempah sup asasi.

1. Pemilihan beras basmati
Tanya kedai Pak Arab beras lubnan untuk nasi Arab. Masalahnya, tidak banyak terdapat kedai Pak Arab. Alternatifnya beras basmati yang sesuai ialah jenis Sella (biasa atau emas) iaitu jenama Bernas Era dan Pusa 1121 Par-boiled (biasa atau emas) jenama Jasmine. Saya biasa menggunakan Beras Sella dari Bernas Era. Kalau jenama lain? Boleh juga, tapi tidak akan sama dengan nasi arab yang pak arab tanak. Mereka menggunakan beras mahal, sebab itulah harga nasi mereka mahal. Kita guna beras murah, jual mahal.. ape kejadah? pastu salahkan kerajaan Malaysia hehehe. Mentaliti!

Bernas Era Sella 1121 dan Jasmin PusaGold 1121
 
2. Periuk tekanan (Pressure cooker)
Ini penting bagi menjamin kualiti nasi dari beras basmati, ia akan menjadikan beras benar-benar panjang dan tidak berketul. Biasanya, cara tanak nasi ialah 7 minit api besar tambah 3 minit api kecil bergantung jenis jenama dan jenis periuk tekanan.

3. Rasa Salai (smoke-flavour)
Rasa salai boleh dibuat dengan dua cara sama ada dengan cuka rasa salai dan arang.

a. Cuka rasa salai (smoke flavour atau liquid smoke) boleh didapati di pasaraya (seperti yang Chef Amar jual harga RM25.00 lebih kurang 100ml kalau tak silap). Tetapi saya menggunakan cuka salai ini yang saya beli di kawasan kayu arang Kuala Sepetang di Perak. Ekstrak yang diperolehi dari kayu arang itu boleh dibeli dengan harga RM5.00 sebotol 500ml. Harga yang saya sebut ini ialah harga pada tahun 2014, masih tak habis lagi saya guna. Hanya renjis dua sudu besar ke dalam beras sebelum tanak. Sesuai untuk periuk nasi biasa. Cecair ini juga boleh disapukan ke atas ikan atau ayam atau daging dengan oven/ketuhar/periuk ajaib. Rasanya seperti bakar dengan arang

b. Arang (charcoal) hendaklah dinyalakan terlebih dahulu sehingga berbara. Cara ini untuk periuk tekanan sahaja kerana periuk nasi biasa tidak dapat menyerap asap salai. Semasa tanak nasi pada 3 minit api kecil itu atau setelah masaknya nasi, lepaskan udara termampat periuk tekanan kemudian masukkan arang berbara itu.

4. Kemasinan. Itulah yang anda perlu tahu, nasi arab ditanak masin. Pastikan air sup tanak beras benar-benar masin sebelum anda nyalakan api/elektrik. Masin yang bagaimana ya? Masin yang kita tak boleh menghirup kuahnya sebab masin sangat hehe. Maknanya, kalau 1 liter air tu, bukanlah secubit garam, bukanlah sesudu kecil garam, tetapi 2-3 sudu besar garam. Tak percaya? Cubalah!

5. Rempah Sup Asasi. Rebus dahulu air sup dengan rempah asasi sampai mendapat stok daging/ayam yang benar-benar mantap! Sup yang sedap akan membuatkan nasi arab sedap! Sup yang saya maksudkan bukan sup hirup, tetapi sup yang dijadikan air tanak beras basmati. Semua chef akan berkata, sedikit itu sedap (less is more). Terlalu banyak penambahan rempah sesuka hati membuatkan sup kita rasanya aneh dan pelik. Sebenarnya, sup hendaklah dibuat dengan semuda-mudahnya tanpa ada banyak penambahan rempah sesuka hati. Seperti resipi nasi laham mandi, saya ada memberikan rempah asasi bagi membuat air supnya.


Ok, lima di atas cukup untuk menghasilkan nasi arab yang sedap dan lazat. Masya Allah.. lazeez!
Cuba dulu, lazeez!

Boleh copy paste, tak perlu minta izin tetapi jangan sesekali cakap, resepi ini anda punya dan mengharamkan orang lain copy paste sedangkan anda ceduk dari sini. Saya nak ilmu ini semua orang di Malaysia menguasainya!




Entri Tips Tanak Nasi Arab Ulangsiar dari http://ift.tt/1UofGZE
Saturday, 18 June 2016
Posted by Unknown

cara tokma travel ~ bogor


Assalam,

kkida nak share lagi sedikit ilmu travel cara kkida...:)

lain orang lain cara dan ini adalah cara kkida...kot ada yg ingin tahu...kkida nak share my trip recent trip to Jakarta Bogor...

TIKET
Tiket utk ke Bogor kkida beli last minute sbb tak plan nak gi pun...lepas birthday Naurah tetiba my dh ajak gi Bogor (selepas tengok documentary pasal Bogor...hehe)...tetiba dia kata jom gi Bogor...kkida kata dah nak Aceh...dia kata, takpalah tengok ajer tiket...slot lah before Aceh...:)

Punyalah happy kkida sebab sebelum tu lagi dah ajak dia gi Bogor...:)

so, kkida terus search tiket...cari yg available dan termurah...

Salah satu website yg sering kkida layari jika hendak buat perbandingan tiket adalah momondo.com
on that day masa kkida search momondo, flight MAS cheaper berbanding AA dan waktu penerbangan pun cantik...

Since my hubby nak pergi wedding anak kawan dia so dia nak flight petang dan secara kebetulan flight MAS ada petang jam 5.45pm. Alhamdulillah...balik pun ok jam 12.30 tengahari...since perjalanan dari Bogor ambik masa lebih dua jam utk sampai ke airport sempatlah keluar jam 8 pagi dari hotel.

So begitulah cara kkida beli tiket...search di ws momondo dulu...:)

 teksi bluebird yg kkida sewa dari airport...warna biru kiri


TRANSPORT
kali ini utk ke Bogor kkida tak booking transport sebab berdua aje...hubby ajak naik cab...salah satu cara pengangkutan yg murah di Jakarta...syarikat teksi yg paling reliable adalah BLUEBIRD (anda boleh google ws Bluebird utk sewa kenderaan seperti Innova atau lebih besar lagi jika ramai)

since kkida berdua ajer kami ambik teksi biasa, tak perlu booking...keluar ajer dari airport terus menuju je tempat tunggu teksi Bluebird (ada banyak syarikat lain, tapi kkida and hubby dari dulu lagi memang prefer Bluebird cab)

tambang dari airport hingga ke hotel di Bogor sekitar rm70 tak silap kkida (masuk ajer teksi pastikan mereka guna meter dan identiti driver terpampang kat depan dan anda boleh nampak.


Next day kkida minta pihak hotel call cab utk ke sana sini (Bluebird cab juga)

Sebenarnya jika berdua atau bertiga tak perlu sewa keta memahal...cab ajer mencukupi...so much cheaper...kkida jalan seharian dari jam 8 hingga 3,4 petang pun tak sampai rm200 taxi fare. Kalau ramai melebihi 4 org oklah berbaloi sewa keta seperti Innova, jika tak teksi memadai...


Bogor sebenarnya kurang orang ketahui...semua pun asik nak gi Jakarta dan shopping kat Mangga Dua dan Tanah Abang...banyak juga yg boleh kita tengok kat Bogor...salah satu ialah istana ni yg dipenuhi dengan rusa...depa memang bela rusa ni, ribuan ekor...kkida terbayang rendang rusa yg sedap...lol...

Sup buntut, sate kambing dan sapi, nasi goreng, ayam bakar, es pala...

Makanan Indonesia belah sini memang selera kkida lah...sodap weh!


kkida suka lihat kehidupan manusia, tu sebab suka travel...bukan pegi tempat luxury sahaja...bila jalan dengan hubby memang dia suka masuk ceruk kampung dan pendalaman, merasa masakan tempatan dan melihat bagaimana mereka mencari rezki dengan pelbagai cara...

pakcik atas ni, dia jual kueh mueh di tengah jalan...bila kereta perlahan sebab jam atau ada traffic light dia akan datang rapat dan minta kita beli barangan jualan mereka...:'(


dah takda orang nak ambikkan gambar tokma selpie ajelah sendiri...hehe....


dish atas ni sedap...lupa dah apa namanya....makan kat dalam mall di Bogor...


 kebun teh di Puncak...cantik...

Gemblog...memang setiap kali ke Puncak kkida pasti cari kueh ni...


Puncak juga subur...kaya dengan buah dan sayuran...sebab kedudukan tanah tinggi dan dingin....seronok jika kesini...


Buah avocado memang murah...rm6  sekilo...


Taman Nusantara...pertama kali kesini walaupun dah banyak kali lalu jln Puncak Bandung...:) Cantik...dan taman terbersih yg kkida lihat so far...


Itulah sedikit sebanyak apa yg kkida nak share dengan anda kali ini...nanti kkida share lagi more info cara kkida travel...ok...:)

Entri cara tokma travel ~ bogor Ulangsiar dari http://ift.tt/1XtzazF
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Friday, 17 June 2016
Posted by Unknown

bagaimana kkida travel?

Assalamualaikum,

Ramadhan Ya Ramadhan...dah 11 hari, hari ni...bagaimana Ramadhan anda...kkida ok...tahun ni rasa cam better dari tahun lepas...makan sahur tak banyak, tapi takdalah letih sangat dan perut meragam/berangin seperti tahun tahun lalu...:)

Kkida agak kurang aktif berblog dan ig puasa ni...sebenarnya memang lately kurang banyak berinternet secara keseluruhannya...hehe...yelah ada benda lain yang lebih mustahak dan perlu kita hadap berbanding dolu dolu kan....

Walaubagaimana pun untuk beberapa entri akan datang, kkida ingin share dengan anda tentang bagaimana kkida travel (dapat gak pahalakan share ilmu...hehe)....sebabnya ada yg bertanya pada kkida beberapa kali cara kkida travel terutama ke luar negara? seperti bagaimana kkida dapatkan transport, pilihan penginapan, itenarary, budget, keselamatan dan lain-lain...

Kkida bolehlah share sikit-sikit cara kkida travel, ini bukanlah tips utk travel seperti kebanyakkan yg share kat blog mereka...tips ni pada kkida jika anda dah pakar betul dlm sesuatu bidang tu barulah boleh beri tips pada orang lain...kkida ni travel pun ala kadar ajer...:)

Oklah, taknak pok pek banyak sangat...kkida teruskan dengan persoalan "bagaimana kkida travel"?

Soklan 1: Pilihan destinasi...

So far, negara yang paling banyak sekali kkida lawati adalah Indonesia...kkida dah jejakkan kaki ke Jakarta, Bandung dan Bali lebih dari lima kali...selain tu Medan 3,4 kali, Surabaya, Jogja, Padang dan Bukittinggi...

kkida dah merayap hampir seluruh Pulau Jawa dengan kereta...travel more than 1000km from Jakarta ke Bandung ke Jogja dan patah balik hingga ke Jakarta...dan dari Surabaya ke Malang ke Gunung Bromo ke Bali dan patah balik ke Surabaya cover lebih 1,000km juga...dan dalam masa sepuluh hari.

ni semua kkida travel dengan famili...ada juga kkida travel dengan hubby aje...seperti baru-baru ni sebelum puasa kkida ke Bogor dan Banda Aceh...dengan kawan ajer pun ada...:)

kenapa Indonesia?

1) Sebab negara tersebut paling dekat dengan kkida....sepelaung aje kata orang lama...Medan, Aceh dan Bukittinggi lebih dekat berbanding Sabah dan Sarawak dan tambang pesawat jauh lebih murah lagi...:(




2) Pemandangan...salah satu sebab kkida suka ke Indonesia...mereka ada pemandangan yg kita tak ada...bukan pemandangan yg cantik ajer, pemandangan yg kurang 'cantik' juga banyak....kkida tak taulah orang lain...tapi kkida memang suka melihat, merenung dan kemudian mengeluh dgn apa yg kkida saksikan....dan ia memang sangat interesting pada kkida...keluar dari kotak kehidupan harian kita (same with my hubby and my kids...)


3) Makanan...ini paling utama (Halal)...Indonesia ni ada banyak suku dan budaya...negara mereka luas....dari hujung banda aceh nun hingga ke Bali, Sulawesi, Kalimantan...dan beribu pulau lagi....jenuh weh kalau nak explore....dan sebenarnya majoriti kita orang Malaya berasal dari sana...tok nenek kita belayar hingga last sekali landing kat semenanjung (kepulauan nusantara...)


tok tok tok kkida asal bugis and my hubby asal aceh...:)

....sebab itulah makanan mereka pelbagai...dan so far yg paling kena dengan tekak kkida adalah masakan padang...memang meleleh ayaq lioq ni....nanti nak ke padang dan bukittinggi lagilah...huhu...

4) Keselamatan....Indonesia secara amnya ok pada kkida...so far Alhamdulillah, nothing much to worry...dan tiada masalah bahasa...bukan seperti itik dengan ayam bersembang...:)

5) Shopping....kalau kaki shopping memang sesuai ler...you nak apa sebut jer....mak n pak ajer yg depa tak leh buat...namun Alhamdulillah, saya bukan kaki nyopping...so kureng sikit ke arah situ...:)

6) Budget, duit kita lebih baik dari mereka...maksud kkida dari segi nilai tukaran....tapi harga barang dan makanan sama jer mahal/murahnya dengan tempat kita...terutama kalau mereka tahu kita ni dari semenanjung...semeleh sikit lah...itu sudah pasti...so janganlah buat-buat terkejut pula ye...sediakan aje ongkosnya...dan jangan bertikam lidah bab duit dengan depa...ok...

7) sebab ada airasia...lol

Lepas ni kkida akan huraikan lebih detail lagi persoalan "bagaimana kkida travel"






Entri bagaimana kkida travel? Ulangsiar dari http://ift.tt/1rqZ5Ku
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday, 16 June 2016
Posted by Unknown

vade kacang dhal


As Salam.
lama kkida nak share resepi ni, ni baru dapat...:)


Vade makanan kaum india, tapi arwah mertua kkida suka buat ni, sekarang ni jika nak makan minta my sis in law buatkan...hehe...sebenarnya senang aje...cuma kurang rajin...


Bahan: kacang dhal di rendam lama...lagi lama lagi bagus, kemudian ditoskan dan blender agak kasar gitu...letak dalam satu bekas...

masukkan bahan hiris iaitu daun kari, bawang merah, cili kering, garam dan perisa serta serbuk jintan..telur sebiji...


gaul rata...ambil sedikit dan kepamkan ke tapak tangan...terus goreng dalam minyak panas...


itu sahaja, no secret...hehe...selamat mencuba dan selamat beribadah di bulan Ramadhan...


Entri vade kacang dhal Ulangsiar dari http://ift.tt/1tc26iQ
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday, 9 June 2016
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -