- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- menjamu mata ~ Food Mall, Tokyo
Posted by : Unknown
Tuesday, 17 May 2016
Jika travel kkida memang suka perhati cara orang tempatan menyediakan hidangan mereka...cara hidangan, masakan dan sebagainya...
Orang jepun juga suka pada seni persembahan makanan...sebenarnya mereka lebih teliti dari kita...sebagaimana telitinye mereka dalam tatacara kehidupan harian, kita boleh lihat dalam persembahan hidangan mereka...
sepanjang sepuluh hari di sana seronok menjamu mata dengan pelbagai jenis makanan dan manisan yg disusun indah dan cantik, kekadang tu terpikir juga banyaknye masa depa spend untuk menyediakan hidangan...
food depa simple aje...cuma cara display tu yang menarik...
dessert yg dibuat dalam kulit telur...mungkin sejenis puding atau manisan...
mereka sangat suka seafood, terutama udang....majority bergoreng seperti ini...tapi ada juga yang dimasak seperti sambal...versi tak pedas...
mereka suka makan sayur dan buah...cara masakan simple...ditumis atau salad...padanlah majoriti kurus...hehe...
cantikkan salad atas ni, warna pink lagi...dan bawah ni suhoon yang dicampur sayur...nampak sedap...
shopping mall kita sepatutnya kena ada food butik/mall seperti ini...ia satu tarikan pelancung...five star food display...bayangkan kueh talam, cokodok, cucuq udang, lemang, rendang, ketupat, nasi lemak, roti canai di display cantik dalam almari kaca seperti ini...
pasti seronok menjamu mata...jual mahal pun takpa...mesti ada yang mampu beli...jika handbag rm30,000 org sanggup beli, takkan nasi lemak rm30 tak mampu beli, ye dak...hehe...
btw, kkida memang sokong jika gomen nak buat 5 star food mall seperti yang lihat di Jepang ini...tambahan pula food kita lebih variety dan sedap dari mereka...:)
jalan dalam mall ini macam jalan dalam kedai jual emas pun ada...semua food duduk dalam kaca...
next kkida akan share apa yang santapan harian kkida kat sana...InsyaAllah...
Entri menjamu mata ~ Food Mall, Tokyo Ulangsiar dari http://ift.tt/1TTKkHc
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.