Posted by : Unknown Sunday, 28 September 2014




Assalam,

dua hari ni kkida rajin menguli doh roti...guna food processor...sebenarnya lama dah kkida beli food processor tu...belum puasa lagi sebab yang lama dah tak boleh guna...tapi tulah nak keluarkan dari kotak pun macam bercinta aje...hehe...



sebenarnya food processor ni banyak gunanya...jika pandai guna memang senang kerja dapur anda...Insyaallah from time to time kkida nak share resepi guna food processor ini...hidup kan untuk memberi seperti kata menantu kkida ariff shah yang memetik kata-kata itu dari blog denaihati...hehe



boleh pinjam moto tu ye tuan Denaihati...sebenar perkataan itu apply to everyone yang share sesuatu yang berfaedah kepada umum tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan...:)



hari khamis lalu kkida ada buat doh pizza ni ikut resepi dari internet...ingat petang tu nak bakar pizza...tapi tetiba my sis in law call beritahu keadaan mak mertua kkida yang sangat uzur...kami pun rushing ke rumah dia kat shah alam 2...dan malam tu kkida dan hubby tidor rumah dia...



disini kkida ambil kesempatan memohon agar pembaca blog kkida ini sudi sedekahkan bacaan yassin atau sekurangnya sedekahkan al-fatihah dan berdoa agar dipermudahkan perjalanan mertua kkida...dia sangat uzur,,,tak tahu bagaimana kkida nak describe keadaannya kat sini...cuma satu kondisinya memang amat tenat...:'/






berbalik kepada doh pizza ni...resepinya mudah aje



3 cawan tepung gandum

1 sudu teh ragi kering

2 sudu teh gula pasir

1 sudu teh garam

1 cawan air suam kuku

2 sudu teh minyak



masukkan bahan kering dulu dalam food processor, pulse beberapa kali...pastu masukkan air dan minyak dan process hingga jadi seketul doh...



keluar dan letak dalam mangkuk yang telah disapu minyak...tutup dengan kitchen towel dan ketepikan selama sejam...doh tersebut akan kembang dua kali ganda...tumbuk tengah doh dan bolehlah bentuk pizza anda atau guna untuk sebarang resepi kegemaran anda...





pagi tadi kkida terajin dan buat sekali lagi doh yang sama...kali ni kkida guna tuna dan mayonnaise sebagai filling...sedap...tapi sebenarnya doh ini memang lebih sesuai sebagai pizza...tak berapa sesuai untuk bun...



btw, sedap..lain kali nak buat lagi...hehe...



p/s: jika tak nak guna food processor boleh aje guna mixer atau uli dengan tangan aje... selamat mencuba...









Entri pizza doh dengan food processor Ulangsiar dari http://ift.tt/1DM5VfZ

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -