Posted by : Unknown Friday, 7 February 2014

Assalamualaikum,

salam pagi jumaat yang mulia...:)

kkida tak berapa happy lately dengan situasi semasa tempat tinggal kkida ni....semakin lama semakin parah keadaannye...sebenarnya hal ini berlanjutan sejak lama dulu...bertahun-tahun yang lalu dan bukan perkara baru....



sejak tinggal di kampung ini kkida tak nampak masalah yang kkida hadapi ini semakin bertambah baik....hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun...ia semakin teruk dan kkida rasa semakin stress dengan situasi ini....rasa macam nak lari aje ke tempat lain...tempat yang tiada masalah air...kkida rasa lokasi terbaik adalah berpindah ke kawasan elit yang didiami oleh VVVIP....kat situ kkida pasti tiada masalah api dan air...:(



jika nak kata kkida aje yang merungut rangat pasal masalah air ni memang tak betul...semua orang pun merungut....tak caya anda lihat facebook SYABAS ni...






atas ni adalah notis pertama yang mereka update iaitu pada hari rabu dua hari lalu...kemudian mereka update lagi pada hari yang sama...kata malam tu air akan pulih by stages bermula 8 pagi semalam...namun tiada tanda-tanda air akan pulih...anda bacalah komen-komen dari pengguna....semua pun mengeluh dan marah...







kemudian mereka update lagi semalam....kata air akan pulih pada 6 petang pulak by stages....tapi haram tak nampak tanda-tanda air akan datang hingga pagi ni...:(










Ye memang sabar separuh dari Iman, namun dalam apa situasi juga kesabaran ada hadnye...jika ia tak mampu diselesaikan dengan cara baik maka terpaksa diselesaikan dengan cara sebaliknya...:(



cakap susah tak cakap pun susah...



pengalaman kkida sehari sebelum majlis resepsi ika bulan december lalu amatlah perit....dahlah masa tu rumah ramai sedara mara....air takda pulak....kkida call Syabas minta hantar air sebab air kosong langsung...apa jawapan mereka...



"kami hanya hantar air selepas 48 jam air takda"



namun sampai kesudah mereka tak hantar air ke kawasan kediaman kkida ni...memang kelam kabut sangat masa tu kkida aje yg tahu....orang lain peduli apa....sebab kkida ibu rumahtangga....semua pun kita yang nak kena manage dan tangani sendiri....memng stress sangatlah....



till now tak nampak tanda-tanda air akan datang...dah nak masuk 2 hari dah ni....:(



Entri bilakah masalah ini akan selesai... Ulangsiar dari http://ift.tt/1d12whe

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -