Posted by : Unknown Monday, 30 September 2013

Resipi Pizza Ceria ialah resipi asas bagi sebuah pizza italian. Jom jenguk



Bahan-bahannya:

Bahan asas doh cara itali ialah:

250 gram tepung gandum

150ml air suhu bilik

1 1/2 sudu kecil minyak zaitun

secubit garam

secubit gula

6 gram yis



Bahan asas topping pizza itali ialah

6 sudu makan puri tomato

dua cubit oregano

dua cubit thymes

1 sudu kecil lada hitam

dua cubit serbuk biji ketumbar

2 biji bawang merah ditumbuk halus

1 ulas bawang putih ditumbuk halus



bahan hiasan menyedapkan rasa:

keju

cendawan

daging sosej

daging kisar

jejari ketam

lada benggala



Cara membuatnya:


1. Teknik menghidupkan yis, kononnya pakar masak blogger kata ini membazir masa sedangkan ini adalah langkah paling penting. Larutkan gula ke dalam air dan tuangkan yis.




2. Tuangkan air yang dah berkeladak dengan yis itu ke dalam tepung gandum. Tuangkan minyak zaitun dan renjiskan garam.




3. Uli tepung dan kemudian peram dalam 1-2 jam. Selepas cukup masa, tumbuk doh untuk keluarkan angin




4. Kemudian kita buat aksi giling




5. Setelah doh bulat leper, tutup sekejap. Selepas itu, muatkan ke dalam loyang yang siap dioles dengan minyak. Panaskan ketuhar 170 darjah celcius selama 5 minit. Masuh doh dalam oven dan bakar selama 15 minit.




6. Sementara itu siapkan bahan topping. Masukkan semua rempah. Gaulkan.




7. Kemudian masukkan semua bawang dan gaul rata.




8. Keluarkan doh yang siap dimasak 15 minit tadi, pusingkan lagi masa selama 15 minit biarkan oven tetap panas.

Terbalikkan doh atas ke bawah (upside down) dan tuang sos itali kita. Sapu di permukaan roti




9. Hiaskan dengan sayuran, daging dan keju. Kemudian terus masuk ke dalam ketuhar selama 10 minit.




10. Siap untuk dihidangkan.

SEDAP TAU

SELAMAT MENCUBA







Entri Resipi Pizza Ceria Ulangsiar dari http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/09/resipi-pizza-ceria.html

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -