- Back to Home »
- Resepi , Resepi Bonda »
- Mushroom Soup n Garlic Bread...
Posted by : Unknown
Sunday, 29 September 2013
Petang-petang makan mushroom homemade dgn garlic bread yg panas2 memang membuka selera... Cetusan idea drp blog Che Mat Gebu. Saya guna resepi Che Mat..., tq Che Mat..
Bahan-bahan :
100 gm cendawan ( saya guna shitake... itu yg ada dlm stok, che mat guna guna cendawan yg lain )
1 labu bawang holland
1 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada hitam yg dikisar
1 sudu tepung gandum
1 cawan susu cair
1/2 liter air
1/2 kiub pati ayam
2 sudu butter
Cara-cara :
1. Bawang besar di potong dadu, bawang putih dicincang dan cendawan di potong nipis. Tinggalkan 5 kuntum cendawan untuk di masukkan kemudian.
2. Panaskan butter dan tumis bawang dan cendawan hingga layu.
3. Masukkan tepung dan dimasak seketika.
4. Tambah sedikit air dan biar mereneh seketika. Tutupkan api dan dikisar hingga halus.
5. Masukkan kembali dalam periuk, ditambah susu, kiub pati ayam dan cendawan yg lebih yg dipotong nipis atau dadu.
6. Tambahkan lada hitam dan sesuaikan rasa. Masak hingga kepekatan yg dikehendaki.
Garlic Bread
Bahan-bahan :
3 sudu butter
1 ulas bawang putih dicincang halus
secubit serbuk lada hitam
sedikit daun parsly dicincang.
Roti.
Campurkan semua bahan kecuali roti dan dikacau sebati.
Sapu di permukaan roti dan dipanaskan dalam kuali non stick tanpa minyak.
Entri Mushroom Soup n Garlic Bread... Ulangsiar dari http://himpunanresepibonda.blogspot.com/2013/09/mushroom-soup-n-garlic-bread.html
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.