- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Kunming dan Stone Forest
Posted by : Unknown
Saturday, 23 March 2019
Saya tiba Kunming dengan Air Asia (biasalah, tokma's favourite airline :) tiba jam 4 lebih...dah aturkan dengan hotel untuk airport transfer. Wbp, tanpa airport transfer pun ok, teksi, bas, kereta sewa banyak...jika anda telah download app DiDiu ala Grab di Msia, ada boleh call ukt dapatkan servis mereka (tak pasti samada dibenarkan di airport Kunming, you all kena google sendiri ye)...
Dapatkan simcard China dari Msia, tokma beli dengan Hello1010...boleh hotspot dan boleh layari IG, FB dan lain2 yg disekat di China...jika anda tak suka nak tukar simcard pada Hp bolehlah dapatkan portable wifi...yg ni lagi mudah...tapi lebih mahal...Samurai, Roaming Man, Klook antara yg sediakan perkhidmatan ini...ambik di KLIA2 dan return kat tempat yg sama...
Sampai airport dan setelah selesai urusan imigresen dan luggage, terus keluar...driver dari hotel telah menunggu di luar...pegang nama tokma :)
Perjalanan ke hotel ambik masa sejam juga sebab jalan jam (waktu orang keluar pejabat)...check-in hotel (Haitian Hotel)...bilik amat selesa...one king bed and one extra bed...toilet very clean (sangat penting buat tokma :)
Selepas check-in kami keluar ke bandar utk cari makan...jalan-jalan sambil lihat bandar Kunming, terus ke Yongning Mosque untuk dinner...mee sup seperti foto di atas (staple food mereka)
Esoknya pagi-pagi lagi kami keluar, ambik Didi menuju ke South train station untuk ambil speed train ke Kunming...tapi tokma nasihatkan youall janganlah ambik speed train tersebut...baik sewa kereta dari hotel atau jika nak jimat ambil bas express dari Kunming bus station...dari sejam setengah journey jadi 3 jam...buang masa dan letihlah cara tokma tu...:(
Sampai Shilin/Stone Forest dah tengahari...dahlah cuaca panas...kami dapatkan servis english tour guide dan Hani sewa kerusi roda utk tolak tokma...:) tak larat nak jalan sebab tempat tu luas (pertama kali tokma kena jenjalan dengan kerusi roda...hik hik...menunjukkan tokma dan tua dan tak lama lagi memang tak boleh ke mana-mana dah...dok rumah jelah...:)
Wbp, Stone Forest memang cantik, tambahan musim bunga sakura...kawasannya luas dan bersih, toilet juga bersih dan ada sit toilet utk kita yang tak mampu nak mencangkung...:)
Batu-batan yg timbul dari muka bumi dan berdiri tegak bagai sebuah statue...ada bermacam saiz dan bentuk...rasa takjub dengan ciptaan Allah SWT...nasib hire guide, kalau tak pening juga nak pusing keliling dalam taman tu....dah luas ada banyak laluan dan lorong...sekurangnya kita tak buang masa merayau tak tau hala tuju...kami habiskan masa 3 jam dalam taman tu...kemudian ambik bas balik ke bandar Kunming...boleh jer nak ambik teksi jika malas nak naik bas (merasa juga tokma naik bas :()...selama hari ni travel tak pernah naik public transport, kecuali tube atau subway di japan/london/seoul)...interesting juga sebenarnya 😍
belakang tu adalah main area/compund taman rimba batu shilin...nak bergambar pun payah, orang ramai |
youall kena lihat yang nyata, dalam gambar ni nampak biasa jer...
Malam tu selepas solat kami keluar makan ke kedai makan berhampiran hotel...sate dan mee (makan asal kenyang)...sate sedap, mee pun sedap...balik malam tu tido lena, letih dan happy sebab misi nak melihat hutan batu telah jadi kenyataan...Alhamdulillah...
tokma sambung lagi...InsyaAllah
Entri Kunming dan Stone Forest Ulangsiar dari https://ift.tt/2FuQqkT
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.