Posted by : Unknown Saturday, 7 April 2018


Assalamualaikum,
Lama sungguh kkida tak hupdet blog ini...sampai berhabok...:'(
Lately tokma not feeling goodlah...sakit tua kot...hehe...mood juga ke laut...malas giler...:)

Tapi kerana sayangkan foto yang kkida abadikan masa trip ke Kashmir baru-baru ni, maka kkida gagahkan juga utk share di blog ini...kerana Kashmir memang sangat awesome...one of my best destination ever...bukan europe, tapi Kashmir...sebuah daerah yang terletak di utara India...

Kashmir kini terbelah dua...sebahagian dalam Pakistan sebahagian dalam India...hati mereka juga memang sentiasa berduka dan terbahagi dua...antara suka dan duka...kalau nak cerita berkaitan hal ini memang sangat sensitiflah...oleh itu lebih baik saya ceritakan hal berkaitan keindahan mukabumi mereka sahaja...

awesome view dari pesawat ketika menghampiri Srinagar Airport

Angan-angan kkida nak ke Kashmir memang terpendam lama dah...tapi dek kerana macam payah jer nak ke sana disebabkan pergolakan negara itu...maka kkida simpan dalam hati...InsyaAllah satu hari ni jika ada rezki sampailah ke 'syurga atas dunia' itu...

Alhamdulillah pada 29march2018 tokma jejakkan kaki ke bumi Kashmir...:)
Trip selama 6 malam....namun dalam kegembiraan itu rupanya ada juga kedukaan dalam perjalanan tokma dan hubby...InsyaAllah nanti akan saya ceritakan...

Perjalanan dari airport ke hotel


Kashmir memang jauh berbeza dari bandar lain India, pekannye bersih, tak nampak sampah merata seperti apa yang saya lihat di Delhi, Agra, Jaipur, hyderabad dan Lucknow...mungkin kerana mereka Islam, maka mereka terapkan apa yang diajar oleh Islam, kebersihan sebahagian dari iman...:)


Perjalanan dari airport ke penginapan mengambil masa sekita 40 minit lebihkurang...sampai sahaja di penginapan (bed and breakfast) check-in solat dan lunch...sebelum keluar untuk sight seeing...

capati dan kari ayam ala Kashmiri for
lunch
 First destination...Pari Mahal

Dal lake...deretan houseboat...

Pemandangand dari Pari Mahal

Pari Mahal, sebuah taman Mughal yang terletak atas di lereng pergunungan Zabarwan...pemandangan Dal Lake dan Tulips Garden dapat dilihat dari sini...



 Tulips Garden

Tarikan pelancung sejak 2007...walaupun tak sehebat Tulips festival di Keukenhof, Holland...namun bagi saya yang pertama kali melihat banyaknya bunga tulip dan tak pernah sampai lagi ke Keukenhof (InsyaAllah ada rezki tokma akan sampai satu hari nanti...:)...nampak sangat cantik dan menarik...ditambah pula dikelilingi gunung-ganang...memang sangat beautifullah...:)

Nikmatilah keindahan foto-foto yang sempat tokma ambik ni...namun gambar tidak dapat menandingi kecantikan secara realiti...


tulips pelbagai warna, ada yang dah full bloom ada yang baru nak
 berputik...







kat sini bersepah sapa tu...artis yang hensem dan lawa tu...hehe

kekacang gamaknya...tokma suka lihat, tapi tak berani mencuba...
bukan mengada tapi takut perut kita yang tak mampu terima...


Selepas puas mengelilingi taman tulip...tokma ke Dal Lake dan naik shikara...iaitu sampan yang dihias cantik...sambil menikmati sate yang juga dijual atas shikara...Dal lake memang sangat terkenal bagi para pelancung...terdapat berpuluh deretan houseboat atas Dal lake...


keindahan Dal lake waktu senja...Allah SWT ciptakan bumi seindah ini utk kita nikmati...sambil terus memuji...

"maka nikmat Allah yang mana satukah yang mahu engkau dustakan"

InsyaAllah jika ada kerajinan tokma sambung lagi ye...ni baru day 1...:)


Entri My trip to Kashmir ~ day 1 Ulangsiar dari https://ift.tt/2qc8XdF
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -