Archive for 2016
Great Mosque Xian
Salam,
kkida nak sambung cerita Xian....selepas pulang dari Bosnia dan Istanbul, seminggu kemudian kkida ke Xian bersama hubby (tiket beli setahun sebelum) oleh itu walaupun keletihan baru pulang dari Europe kkida gagahkan juga ke Xian...jika tidak burn gitu aje nanti...:)
Salah satu sebab kkida nak ke Xian adalah...nak ziarah sahabat muslim kita di sana...ramai orang Islam di Xian. Mereka telah islam lebih lama dari kita di Malaysia, lebih 1300 tahun lalu...dibawa oleh pedangang Arab dan Turki...kedua kkida nak jalan-jalan cari makan kat Muslim Quater yang popular (kkida dah share photos sebelum ni) itu dan ketika nak ziarah masjid tertua di China ini...iaitu Great Mosque...
Atas ni photo landscape masjid ini...kawasan seluar dua ekar...sebenarnya sebahagian besar kawasan adalah taman atau laman masjid...ruang solat taklah besar sangat...
Biarlah foto-foto ini menceritakan wajah sebenar masjid ini dan jemaah-jemaah mereka yang sempat kkida rakam...#sekadarperkongsian #jjcm
Photo atas adalah pintu gerbang utama untuk masuk ke kawasan masjid...
Sebuah kawasan lapang depan dewan solat...ruang ini juga mungkin digunakan utk solat jika dewan solat penuh terutama jika solat raya...etc...
Senibina sejak dulu lagi...cantik...
Jemaah baru keluar dari ruang solat selepas solat zhor...kkida pun tak melepaskan peluang mengambil gambar...
Ruang solat yang cantik...
Ada banyak lagi photos, later kkida will share ye...InsyaAllah...:)
Entri Great Mosque Xian Ulangsiar dari http://ift.tt/2f5M57T
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Blagaj Tekija ~ Bosnia
Assalam,
kkida tengah rajin ni, sebenarnya kak ida nak tengok balik gambar-gambar ni dan mengingati keindahan tempat yang pernah kkida jejakkan kaki semasa di Bosnia, dan cara terbaik adalah memilih gambar yang terelok dan upload ke sini...later bila teringat boleh jengah ke mari...more to personal interest actually...:)
Blagaj Tekija tempat yang harus dilawati jika ke Bosnia...dalam 20 minit memandu dari Mostar...tempatnya cantik...ada bangunan lama di permulaan terbitnya mata air...boleh search lebih detail mengenai tempat ini di internet....tokma malas nak tulis...:)
Blagaj is a village-town (kasaba) in the south-eastern region of the Mostar basin, in the Herzegovina-Neretva Canton of Bosnia and Herzegovina. It stands at the edge of Bišće plain and is one of the most valuable mixed urban and rural structures in Bosnia and Herzegovina, distinguished from other similar structures in its urban layout.[1] Blagaj was most likely named for its mild weather patterns since "blaga" in Bosnian means "mild".[2] Blagaj is situated at the spring of the Buna river and a historical tekke (tekija or Dervish monastery). The Blagaj Tekija was built around 1520, with elements of Ottoman architecture and Mediterranean style[3][4]and is considered a national monument. Blagaj Tekke is a monastery built for the Dervish cults.[5]
(Wikepedia)
apa yang kkida nak share ialah kejernihan sungai ini...tempat ni sesuai utk kita beristirehat sambil menikmati lunch...makanannya memang mahal...tapi sekali-sekala makan tepi sungai yang indah ini tak apalah kan :)
We had heavy lunch and plenty of food...main dish adalah seafood yang dibakar dan digoreng...
sebelum makan ambik gambar dulu...orange juicenye sedap...terlampau banyak kentang, depa suka makan kentang dan roti, nasi kurang...dan memang tiada makanan pedas...
kaya dengan buah zaiton dan cheese...itu adalah salad mereka...kurang daun hijau...
Bosnia bukanlah negara yang susah dilawati, memandu juga senang di sini, cuma kena biasakan bawa belah kiri, jalannya tak sesibuk negara kita, kurang kenderaan juga lori...kkida sewa kereta di airport Sarajevo, jumlah termasuk insurans dalam RM1200 untuk 8 hari...minyak tak mahal sangat, macam negara kita juga...
InsyaAllah, jika ada kesempatan kkida akan buat video tempat ini...
Entri Blagaj Tekija ~ Bosnia Ulangsiar dari http://ift.tt/2e46Orx
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
#jjcm ~ Xian muslim quater
Assalam,
cerita Bosnia baru bermula kini kkida share pula foto recent trip kkida ke Xian. kkida nak share photos ajer...nanti later kkida akan story sikit ye...:)
Plan untuk ke Xian lama dah kkida rancang, tahun lalu...beli tiket masa sale...murah dua orang baru RM800 lebih. Kemudian anak kkida aiman nak ikut...ambik tiket utk dia...mahal pula...RM1300 + termasuk luggage. Namun bukan rezki Aiman utk ikut mama n ayah....dia tiba-tiba nak ke Dublin pula utk sambung belajar...maka burn ajelah tiket aiman kerana air asia tak akan nak refund balik...:(
Tapi takpalah...itulah rezki namanya....dah memang termaktub duit itu bukan kita punya dan bukan rezki aiman nak ikut mama...:)
Xian muslim quater sangat luas...berlorong-lorong...boleh sesat...tapi yang bestnye, cara mereka setting tempat itu sangat menarik, lampu-lampu kiri kanan jalan, makanannya yang varity...memang best sangat...
Selama lima hari di sana, setiap hari hubby and me berulang alik ke Muslim market tersebut. Mencari makan. Overall Xian senang nak makan for muslim, di keliling hotel penginapan juga ada banyak kedai makan muslim.
Mereka makan banyak daging teritama lamb and beef....banyak stall yang menjual makanan berasaskan lamb and beef...
Roti adalah makanan ruji mereka...kurang makan nasi...ada pelbagai jenis dan di letak atas tempat jualan tanpa bertutup, relax aje...:)
Pelbagai jenis manisan dan kueh mueh...
Kepak ayam yang sedap, di panggang...rasanya pedas dan sedikit manis...)
Bawah ni pula kkida sempat makan beriani kampung, Uygyur stail...nasi lembut...kambing tu sangat lembut hampir lerai dari tulang...
Jalan-jalan di Muslim street kena beberapa hari, tak boleh dtg just untuk jengah ajer...jika boleh kena cuba all food kat situ...ada bermacam jenis dan rasa...ada yang sesuai dengan tekak kita and ada yang tak boleh telan langsung...hehe...
Satu lagi yang interesting about Muslim street ini adalah penjualnya...comel dan kacak terutama yang berdarah Arab Turkey
Bawah ni kkida panggil sate kambing....isi kambing di cucuk pada batang kayu dan dibakar sambil terus ditabur dengan rempah ratus yang sangat special...memang sedap...
kkida bagi 5*
Walnut...and nuts...variety...mereka kaya dengan kekacang...
Food ini mereka panggil jelly, but friendly speaking...kkida tak boleh makan...kebas rasa lidah...hubby juga...akhirnya kami tinggalkan ajer atas meja....bila tengok depa makan rilek ajer terasa pilik juga...
#sayajakun
Pisang goreng...nanti jap nak compare dengan our local pisang goreng...InsyaAllah goreng pisang kita jauh lebih sedap...Alhamdulillah...
Banyak lagi photo Xian...nanti kkida tambah/share lagi kat sini ye...:)
Entri #jjcm ~ Xian muslim quater Ulangsiar dari http://ift.tt/2dTG3Li
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
my trip to Bosnia
Assalam,
lama kkida tak update blog...:P
ada ke yang tertunggu kkida update blog ini...hehe...jika ada terima kasih...
bulan oktober hampir meninggalkan kita...juga tahun 2016. Tahun ini banyak juga kkida travel...dan terasa kkida share dengan pembaca blog kkida ni (yang seperti tak bermaya...)
yelah, mula-mula jika kita suka memang macam tak cukupkan...lama-lama seperti terlebih pulak...lol
Tahun 2016 paling banyak kkida berjalan...bermula dari Bangkok, kemudian ke Tokyo, Bogor, Aceh, Bandung, Osaka, Bosnia Hercegovina dan Dubrovnik dan semalam subuh tadi sampai dari Xian...bulan december ni tak tau lagi nak ke mana tapi rasa seperti keletihan sangat...:)
Kkida nak share sikit-sikitlah kesah jjcm dan jjcucimata kkida tu...mana yang boleh...since tukar modem dan komputer dan setting baru ni, terasa leceh betullah nak edit dan upload gambar, tu yg buat kkida malas sangat nak menulis blog tu...terkial-kial...
Banyak gambar dan video yg sempat kkida rakamkan, jika boleh nak share semua...bukan nak eksyen, ia sekadar perkongsian bagi yang berminat nak lihat dan baca, juga bagi mereka yg mencari info dan idea utk travel...this is my passion, bukan kkida jer, ramai lagi di luar sana yg suka travel, Allah SWT jadikan bumi ini indah utk hamba-hambanya melihat dan menilai betapa hebat ciptaanNYA...lihat dengan mata dan hati, baru kita sedar betapa kerdilnya kita...dan bersyukurlah atas nikmat yg Allah berikan kepada kita...
Bosnia sangat indah, namun di sebalik keindahan ini terdapat kisah sedih dan duka yg dialami terutama bagi sahabat kita beragama islam, bila kkida melihat kesan-kesan yg ditinggalkan oleh pihak yang menzalimi Bosniaks (panggilan utk islam bosnia)...terasa akan kepayahan dan sengsara yang mereka lalui selama beberapa tahun dalam kancah peperangan...:'|
kkida ingin upload banyak gambar lagi...InsyaAllah jika diizinkan...photo-photo yang kkida ida upload ini kkida pick randomly...susah sikit nak pilih-pilih ikut thema atau tarikh...tokma buta IT...hik hik...:)
Kubur besar mangsa kekejaman Serb...rata-rata kkida lihat banyak yang berusia 20an dan 30an...budak muda...kini dari cerita owner hotel kkida menginap, peratusan kelahiran bayi muslim sangat kurang, mereka masih dalam ketakutan dan takut kejadian yang sama akan berlaku sekali lagi...Nauzubillah, minta Allah jauhi dan selamatkanlah bumi islam Bosnia dari kekejaman manusia yang zalim dan tamak itu...macamlah depa ajer yang nak hidup atas bumi ini...
Pasar ini menyaksikan trajedi sedih...dua kali di bom dan ramai yang mati...kejadian bom yang kedua membawa kepada tamatnye keganasan musuh di bumi Bosnia...namum lebih dari sebelas ribu hilang nyawa...ibu kehilangan anak dan cucu, anak-anak kehingalang ibu bapa dan adik beradik...mereka yang masih hidup yang melalui saat peperangan masih trauma dengan peristiwa itu...melainkan anak-anak yang lahir tahun 90an...depa tak tau apa-apa...tau nak enjoy ajer...
antara bangunan yang menjadi mangsa penembak curi...ramai yang mati di kawasan ini...
Kkida hanya ke Sarajevo, Mostar, Travnik dan Jajce sahaja di Bosnia dan melencung masung ke Dubrovnik di Croatia...selepas 8 malam di BiH kami ke Istanbul selama 5 malam...nantilah kkida sembang lagi ye...InsyaAllah...:)
Entri my trip to Bosnia Ulangsiar dari http://ift.tt/2e0B8Dr
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.