Archive for March 2015
sarak ikan kembung
This is my mum's old cookbook, dalam tulisan jawi diterbitkan sekitar 50an. Banyak resepi-resepi lama yang mengembalikan nostalgia ketika saya masih kecil. Mak saya rajin masak. Kalau raya mak pasti buat kek dan biskut. Bila saya belek-belek buku ini terdapat banyak resepi yang saya suka waktu zaman kanak-kanak dulu seperti biskut kelapa, biskut peanut butter, sagun, biskut bunga cina, biskut semprit, biskut ovaltine, biskut keju, kek butter dan banyak lagi. Terdapat juga resepi rendang, steak, nasi beriani. kebab ikan, nasi bukhari dan salah satunya adalah resepi ini, pembuka selera untuk hidangan makan tengahhari....
Sarak ikan kembung
5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus atau digiling
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya
Cara Membuat
Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Lebih mudah jika anda menggunakan electrical fryer.
Resepi ini memang agak remeh membuatnya, tetapi berbaloi. Memang sedap.......cubalah.

Entri sarak ikan kembung Ulangsiar dari http://ift.tt/1bgFB3G
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Colmar Alsace France
Salam, seperti dijanjikan...kkida upload some photos from my latest trip yang dah agak basi itu...foto ini semua tersimpan dalam handphone...Alhamdulillah nasib my hp tak kena kebas pada suboh yang hening itu...:(
kkida tak leh nak cerita panjang malam ni...Insyaallah esok kkida sambung update...tapi sebenarnya tiada apa sangat nak sembang pasal Colmar ni...jika anda nak tengok banyak lagi gambar boleh aje lihat kat google image...foto-foto kat situ lebih cantik lagi...juga kat Wikipedia ada cerita tentang sejarah pekan ini...
tujuan kkida nak ke Colmar sebab nak tengok keindahan bandar tersebut juga kepelikan (pada kkidalah) bangunan kat dalam bandar itu juga persekitarannya (sejak wujudnya Colmar Bukit Tinggi)...hehe...tapi Colmar France tu keluasannya lebih berlipat kali ganda lagi luasnya...yang ada kat Bukit Tinggi tu mungkin 5% aje...:)
tahukah anda kat mana lokasi Colmar..ia terletak ke timur Paris...kalau memandu terus dari Paris melalui Dijon ambik masa dalam 5 jam lebih...tapi hari tu kkida stop semalam kat Dijon dan esok tu kami terus drive ke Switzerland dulu sebelum ke Colmar...
bangunan tertua kat Colmar....sangat unik kan...
masa kkida gi tu musim salji dan sangatlah sejuk...-07C...memang tak tahan le...beku jari jemari halus kkida tu...lol...nak ambik gambor pun payah bebeno...:)
esok le pulak kita sambung ye....mata cam nak pejam aje ni...:)
jika ada nak tanya apa-apa mengenai gambar-gambar ni better...tak yah dah kkida nak tulis satu-satu...kkida ke Colmar sebab nak tengok keunikan bangunan kat pekan tulah...juga sebab dah terlanjur musin xmas...saje nak jengah pasar xmas depa...memang banyak benda yang terbekenan...tapi payah le nak beli...takda tempat nak isi...beg semua penuh dan sebab my trip tu lama...memang tak sanggup nak hangkut sana-sini...:)
Entri Colmar Alsace France Ulangsiar dari http://ift.tt/1x1xFx2
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.