Archive for June 2019

krabi ~ part 2

nasi goreng yg tokma makan di hotel
Setelah belek-belek post lama dan gambar-gambar dalam simpanan, saya dapati banyak gambar yg belum sempat saya share di blog ini...antaranya gambar-gambar holiday ke Krabi...cerita dah lama, tapi masih relevan...:)

Perjalanan ke Krabi dari sempadan Malaysia/Thai Wang Kelian mengambil masa lebih kurang 3 jam...tokma dah cerita sebelum ni...ketika di Bandar Krabi kami menginap di kawasan perkampungan islam di Klong Muang Beach, lebih kurang 8km dari Ao Nang Beach...since dah lewat dan payah nak cari hotel di pekan Ao Nang, maka kami book saja availabe hotel melalui tenet...guest house...ok lah...muslim owner...

inclusive breakfast...pilihan nasi goreng atau omelete with sosej...dan buah tembikai...:)

cara potong buah tembikai yang benar :) mudah nak makan kannn
senang nak makan
lelaki ini adalah owner guesthouse yg tokma
duduk selama 3 malam...dan ikan tersebut dia
 beli kat nelayan berhmapiran...tempat ni sangat hampir
 dengan pantai dan kampung nelayan...nanti tokma
share  photo2 yg sempat tokma ambik kat
perkampungan tersebut
keesokan paginya tokma jalan2 di pantai Klong Muang, terdapat banyak hotel 5 star berhampiran juga terdapat banyak bot nelayan...tokma gi dekat nak tengok apa jenis ikan yg mereka dapat...ikan pelik-pelik gak....ada yang tak pernah tokma tengok...

Tapi depa ni takdalah friendly atau ramah nak tegur kita, mungkin sebab dah biasa tengok outsiders atau pelancung yg mundar mandir kat situ...

bot nelayan di tepi pantai klong muang berhampiran hotel penginapan 
ikan hasil tangkapan...penduduk kampung
menunggu di pantai...sapa cepat dia dapat...
bot lama yang tersadai di tepi pantai
breakfast di hotel...pandailah depa mendeko...:)
kueteow goreng, dinner di hotel
terdapat gerai makan berhampiran pantai, peniaga muslim

masjid berhampiran pantai...terdapat banyak masjid di daerah Klong Muang

InsyaAllah nanti tokma sambung lagi cerita trip ke Krabi ini...

Entri krabi ~ part 2 Ulangsiar dari http://bit.ly/2Kb1G9E
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Tuesday, 11 June 2019
Posted by Unknown

Jeju _ Korea Selatan


Kenangan di Jeju, walaupun tidak puas hati dengan pengelola trip ini namun saya tidak nafikan pulau Jeju memang indah...Pulau yang terletak jauh ke selatan Korea...perjalanan dengan pesawat mengambil masa sekitar sejam...

Setelah menginap tiga malam di Seoul Hani and me bertolak ke Jeju dengan Jeju Air...tiket beli online dari rumah lagi...tokma terpikat dengan Jeju berdasarkan foto-foto dari IG one of the femes travel agent...dari foto2 merekalah saya bertekad utk ke Pulai ini...Alhamdulillah, Pulau ini memang indah...tak rugi ke sana sebenarnya, cuma mungkin masa kita sampai tu musim autumn sudah ke penghujung, pokok hanya tinggal ranting sahaja...not much to see...cuaca juga semakin sejuk...daun-daun merah telah habis keguguran...mujur tokma dah pergi ke Nami sebelum tu, maka taklah terkilan sangar...


Jeju terkenal dengan seafood...mungkin jika pergi sendiri kkida akan makan seafood sepuasnya...hehe....tapi sebab pergi ikut agen maka tak merasa sangatlah, kita ambil ground package all in... lagi pun pertama kali jejak kaki ke Jeju, nak cari sendiri tak berapa tahu...makan makan sahajalah apa yg dihidang :)


Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati....sebenarnya Jeju ini mudah untuk kita explore...ia lebih kurang cam pulau Langkawi je...tak banyak kenderaan atas jalan terutama jalan untuk ke pekan pekan kecil di selatan, timur atau barat Jeju...

Lalang pun cantik...
sotong bakar, memang kat Jeju mudah dapat ni...sedap
salah satu beach yang cantik, tokma tak ingat dah nama beach ini...
popular spot
Cafe-cafe di sepanjang pantai memang cantik, roti pun sedap...




masa ni pokok limau sedang galak berbuah
Jika anda kaki travel dan suka berdikari tanpa agent, maka Pulau jeju memang best untuk anda explore sendiri, take your time....drive slowly...no need travel agentlah...sedang pi UK boleh drive sendiri, inikan Pulau Jeju...:)

InsyaAllah tokma akan return to Jeju one fine day dan kali ni nak cuba drive sendiri pula...:)


Entri Jeju _ Korea Selatan Ulangsiar dari http://bit.ly/2WhNoue
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Saturday, 1 June 2019
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -