Archive for March 2019

Kunming ~ Shuncheng Mosque and street food


Salam, cerita my trip to Kunming belum habis lagi, harap anda tak bosan ye...:)


Pada hari ketiga di Kunming sebelum bertolak ke Dali tokma jalan-jalan kota Kunming, selepas menikmati keindahan bunga-bunga cherry blossom di Kunming Zoo kami menuju ke Green lake park sebelum ke Shuncheng Mosque...dear hubs kata nak merasa solat jumaat di masjid Kunming...


Sebelum tu tokma pernah terbaca sekitar Shuncheng Mosque ada banyak muslim food....dari Green Park weall ambik DD...mudah sangat...tokma memang rekomen youall yg nak ke Kunming Dali dan Lijiang install app ini...:)

 DD drop kami berhampiran muslim street food...fuh! like heaven kat situ...banyak pilihan makanan...tak tau nak makan apa...so kkida pun ikut jelah orang Q ambik makanan...nasi campur...lol


makcik meniaga roti berbagai jenis...
Selepas makan kkida relax jap kat area kedai makan tu sementara hubby gi solat jumaat...selepas selesai solat jumaat kkida pun masuk ke kawasan masjid utk lihat dari dekat suasana masjid Shuncheng (jika ingin lebih detail info berkaitan masjid ni anda boleh google)

orang perempuan ramai dalam kawasan masjid ketika itu kerana ada jenazah, ada orang meninggal...mungkin saudara mara mereka...kkida tunggu juga nak tengok bagaimana muslim Kunming menjalankan upacara pengurusan jenazah...tapi sebab lama sangat menunggu dan tak paham apa yang mereka katakan, kami pun beredar balik ke hotel dengan DD....malam tu kkida dah book tiket utk melihat Dynamic Show, Yunnan Impression Show (please google)





entri ni belum siap lagi...

Entri Kunming ~ Shuncheng Mosque and street food Ulangsiar dari https://ift.tt/2U9yTGO
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Monday, 25 March 2019
Posted by Unknown

Kunming dan Stone Forest


Saya tiba Kunming dengan Air Asia (biasalah, tokma's favourite airline :) tiba jam 4 lebih...dah aturkan dengan hotel untuk airport transfer. Wbp, tanpa airport transfer pun ok, teksi, bas, kereta sewa banyak...jika anda telah download app DiDiu ala Grab di Msia, ada boleh call ukt dapatkan servis mereka (tak pasti samada dibenarkan di airport Kunming, you all kena google sendiri ye)...

Dapatkan simcard China dari Msia, tokma beli dengan Hello1010...boleh hotspot dan boleh layari IG, FB dan lain2 yg disekat di China...jika anda tak suka nak tukar simcard pada Hp bolehlah dapatkan portable wifi...yg ni lagi mudah...tapi lebih mahal...Samurai, Roaming Man, Klook antara yg sediakan perkhidmatan ini...ambik di KLIA2 dan return kat tempat yg sama...


Sampai airport dan setelah selesai urusan imigresen dan luggage, terus keluar...driver dari hotel telah menunggu di luar...pegang nama tokma :)

Perjalanan ke hotel ambik masa sejam juga sebab jalan jam (waktu orang keluar pejabat)...check-in hotel (Haitian Hotel)...bilik amat selesa...one king bed and one extra bed...toilet very clean (sangat penting buat tokma :)


Selepas check-in kami keluar ke bandar utk cari makan...jalan-jalan sambil lihat bandar Kunming, terus ke Yongning Mosque untuk dinner...mee sup seperti foto di atas (staple food mereka)

Esoknya pagi-pagi lagi kami keluar, ambik Didi menuju ke South train station untuk ambil speed train ke Kunming...tapi tokma nasihatkan youall janganlah ambik speed train tersebut...baik sewa kereta dari hotel atau jika nak jimat ambil bas express dari Kunming bus station...dari sejam setengah journey jadi 3 jam...buang masa dan letihlah cara tokma tu...:(


Sampai Shilin/Stone Forest dah tengahari...dahlah cuaca panas...kami dapatkan servis english tour guide dan Hani sewa kerusi roda utk tolak tokma...:) tak larat nak jalan sebab tempat tu luas (pertama kali tokma kena jenjalan dengan kerusi roda...hik hik...menunjukkan tokma dan tua dan tak lama lagi memang tak boleh ke mana-mana dah...dok rumah jelah...:)


Wbp, Stone Forest memang cantik, tambahan musim bunga sakura...kawasannya luas dan bersih, toilet juga bersih dan ada sit toilet utk kita yang tak mampu nak mencangkung...:)

Batu-batan yg timbul dari muka bumi dan berdiri tegak bagai sebuah statue...ada bermacam saiz dan bentuk...rasa takjub dengan ciptaan Allah SWT...nasib hire guide, kalau tak pening juga nak pusing keliling dalam taman tu....dah luas ada banyak laluan dan lorong...sekurangnya kita tak buang masa merayau tak tau hala tuju...kami habiskan masa 3 jam dalam taman tu...kemudian ambik bas balik ke bandar Kunming...boleh jer nak ambik teksi jika malas nak naik bas (merasa juga tokma naik bas :()...selama hari ni travel tak pernah naik public transport, kecuali tube atau subway di japan/london/seoul)...interesting juga sebenarnya 😍

belakang tu  adalah main area/compund taman rimba
 batu shilin...nak bergambar pun payah, orang ramai



youall kena lihat yang nyata, dalam gambar ni nampak biasa jer...


Malam tu selepas solat kami keluar makan ke kedai makan berhampiran hotel...sate dan mee (makan asal kenyang)...sate sedap, mee pun sedap...balik malam tu tido lena, letih dan happy sebab misi nak melihat hutan batu telah jadi kenyataan...Alhamdulillah...


tokma sambung lagi...InsyaAllah

Entri Kunming dan Stone Forest Ulangsiar dari https://ift.tt/2FuQqkT
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Saturday, 23 March 2019
Posted by Unknown

Muslim Village ~ North Dali dan Dali Ancient town


Salam, semua tempat-tempat atau pun muslim village ni ada dalam peta Yunnan, cuma mungkin kita tak tahu samada itu kampung muslim atau bukan, salah satu cara mudah, cari masjid...jika ada masjid maknanya itu adalah kampung orang islam...

terdapat banyak muslim di Yunnan terutama Dali....youall kena usaha sendiri untuk explore tempat-tempat ini...terasa rugi jika anda datang ke Dali tapi tak ziarah tempat2 ini...jika dibandingkan dengan Dali Ancient town, perkampungan muslim ini lebih cantik dan lebih bermakna lagi untuk anda lawati...request dengan hotel atau penginapan anda untuk dapatkan supir muslim...jangan non-muslim sebab definitely dia tak tahu arah tuju dan tak ikhlas untuk bawa anda ziatah lokasi-lokasi yang kkida share ini...

jika anda ingin melihat Dali yang indah, bersih dan wangi, ziarahlah perkampungan muslim...ada banyak sangat kampung muslim di Dali...dua hari tak cukup nak explore...forget three pagoda dan kuil budha...ziarahlah masjid dan perkampungan muslim ini...cantik dan pasti kita rasa sayu sangat....


Jika pada hari pertama kkida ke selatan Dali iaitu ke Weishan county utk ziarah muslim di sana....pada hari kedua kami ke utara pula untuk mencari lokasi perkampungan islam dan scenery yang cantik...Alhamdulillah...mujur ada Ali...Ali anak tempatan, dia tau semua...cuma masalah komunikasi sahaja....:) tapi takapa, itu perkara kecil...

Mula-mula kkida ajak Ali ke West Lake...masuk ke dalam perkampungan yang terletak atas tasik...relax jap untuk menikmati keindahan sekitar tasik tersebut....cantik tempat tu...lepas tu kkida minta Ali bawa ke tempat muslim pula...


kkida cakap kat Ali, "please take me to more muslim village and mosques" Ali angguk ajer dan kata ok, such a nice boy...:)

Lokasi yg kkida gi ni menuju ke utara...setelah kkida belek semula map Dali, baru kkida dapat pastikan lokasi kampung tersebut...iaitu Shipang village...maybe...


di kejauhan sana adalah perkampungan muslim Shipang...dan wanita muslim ini sedang mengutip batang bawang untuk dijual...ini adalah ladang bawang, shallots...saujana mata memandang....

nasi goreng ni sedap sangat...

daging  goreng dengan batang bawang...
hubs request nak makan ni sebab baru tengok
 orang kutip batang bawang...yummm

tak ingat dah nama masjid ni....:)


nanti kkida sambung lagi ye....pening nak mencari gambar dan video, mana tak perginya...bercampur aduk...

Entri Muslim Village ~ North Dali dan Dali Ancient town Ulangsiar dari https://ift.tt/2FmX3FK
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Tuesday, 19 March 2019
Posted by Unknown

Perkampungan Muslim Dacangzheng dan Mamichang, Weishan, Dali, Yunnan

Salam, tokma share photos dulu ye...nanti senang-senang tokma cerita panjang lebar....:)











Entri Perkampungan Muslim Dacangzheng dan Mamichang, Weishan, Dali, Yunnan Ulangsiar dari https://ift.tt/2TKbsVi
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Monday, 18 March 2019
Posted by Unknown

Trip to Yunnan ~ Dong Lian Hua, Dali


Assalam,
Pada 6 hingga 14 March saya jalan-jalan ke Kunming, Dali dan Lijiang...lama dah angan-angan nak ke destinasi tersebut dan Alhamdulillah sampai juga...

Dalam banyak-banyak lokasi yg kami pergi, Dali telah menambat hati tokma...sebab di sana terdapat banyak sahabat muslim kita, masjid dan perkampungan islam...di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya bercuti ke Yunnan terutama Dali...


Ni tokma share dulu gambar-gambar ye...nanti jika ada masa tokma akan describe satu persatu cerita perjalanan tokma di beberapa perkampungan di Dali...pendek kata memang sangat interestinglah...



InsyaAllah...akan sambung nanti....sila tunggu, jangan lari....:)

Entri Trip to Yunnan ~ Dong Lian Hua, Dali Ulangsiar dari https://ift.tt/2uaFceH
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Sunday, 17 March 2019
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -